Jejak Perjalanan....

Monday, December 2, 2013

Perlukah Langkah Pengkorporatan Perkhidmatan Kesihatan Di Malaysia ? Atau Ada Alternatif Lain ? Mengapa Begitu, Mengapa Tidak Begini ? Mungkin Konsep Wakaf Korporat Boleh Membantu Kerajaan . Tetapi Perlukan Keberanian Meneroka ? Kuasa Pemikiran Alternatif ......Mungkin......Perjalanan Seribu Batu ,Bermula Dari Langkah Yang Pertama.....

 
 Wakaf korporat merupakan satu konsep alternative bagi memberi perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Konsep baru ini harus diberi ruang agar ianya dapat dilihat dari sudut yang positif serta kebertangungjawaban.Memang tidak dapat dinafikan konsep ini amat kontra dan tidak praktikal jika dilihat dari kaca mata biasa tetapi jika dilihat dari sudut moral,sahsiah dan tanggungjawab ianya seakan sinonim dengan konsep zakat syariah Islam. Ianya berkaitan tentang konsep kebertanggunjawapan ummah atau manusia terhadap manusia lain. Tanpa mengenal warna kulit,bangsa , agama dan kedudukan taraf sosio ekonomi . Konsep wakaf korporat amat dituntut dan ianya selari dengan konsep sedekah,zakat dan tanggungjawap sosial.
 
Di Malaysia , rakyatnya sudah beransur mewah dari segala segi taraf kehidupan. Ini sudah tentu terdapat pelbagai implikasi tentang kedudukan taraf yang semakin maju . Bercakap tentang amalan pemakanan di Malaysia kita tidak dapat menafikan yang rakyat Malaysia terlebih makan . Sana sini terdapat primis makanan siang dan malam. Rakyat Malaysia makan 24 jam ! Fakta menakjubkan. Fenomena obesiti memang menjadi lumrah bagi rakyat Malaysia baik kecil mahupun besar, tua mahupun muda tidak kira apa bangsa sekalipun. Makan apa jua semahunya selagi terdaya. Hidup untuk makan telah menjadi amalan rakyat  di Malaysia . Sindrom kegemukan atau obesiti sudah menjadi lumrah dan kenyataan . Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia , terpaksa menjalankan kempen ' Nak Sihat ' bagi menyedarkan rakyat Negara ini tentang betapa pentingnya menjaga tahap kesihatan diri masing-masing dari pelbagai jenis penyakit merbahaya khususnya penyakit yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang buruk. Diabetes atau kencing manis, Darah Tinggi serta jantung adalah 3 serangkai yang merbahaya yang telah menjadi pembunuh terancang kita yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang buruk . Tubuh kita dipaksa mencerna  pelbagai makanan serta elemen elemen yang tidak diperlukan langsung oleh tubuh . Ini menyebabkan tubuh kita telah terganggu ' Ekologi ' nya. Ketidakstabilan mekanisma ekologi tubuh inilah yang menyebabkan kegagalan atau kerosakan organ-organ penting dalam tubuh .Inilah yang menjadi punca sebab musabab penyakit-penyakit seperti yang penulis nyatakan tadi berlaku .
Mencegah adalah lebih baik dari mengubatinya. Tetapi slogan ini dipandang enteng oleh kebanyakan masyarakat kita. Mungkin rakyat Malaysia telah mengalami sindrom ketagihan makan yang melampau !
Berbalik kita tentang konsep wakaf korporat dan kaitannya dengan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Banyak jenis-jenis penyakit yang kita ketahui. Ada penyakit yang di undang dan ada yang tidak di undang. Penyakit yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang buruk adalah katogeri yang di undang. Kita dapat mengawal penyakit dari dihidapi dengan melalui tatacara pemakanan yang betul dan sihat. Tetapi rakyat Malaysia memilih 'Konsep Makan Semahunya ' ! Itu yang menjadi masalah pada kerajaan dan Negara. Penulis boleh mengklasifikasikannya sebagai masalah Negara. Sungguh sadis. Sama tarafnya dengan masalah ketagihan dadah . Tetapi malangnya dadah itu juga ' sejenis makanan ' !. Bersambung......
 
 
 
 
 
 
 
      Cadangan Model Konsep Wakaf Korporat Perkhidmatan Kesihatan di Malaysia 
Malaysian 1 Care Foundation
(M1'CF) Ministry of Health
 
 

Friday, November 22, 2013

Profesion Jurusan Bio Medikal Di Malaysia Harus Menjadi Penyelidik Negara Dan Dunia

                Profesion Bio Medikal di Malaysia wajar dikaji semula untuk menjadikan profesion itu lebih bertaraf global . Setelah lama Profesion ini berkecimpung terus dalam dunia perkhidmatan awam di Malaysia, kini sudah tiba masanya ianya dikaji semula sejajar dengan tarafnya yang lebih tinggi dan bersifat saintifik. Memang tidak dapat dinafikan  profesion ini memang strategic untuk negara tetapi graduan-graduan dalam bidang ini harus diberi satu lonjakan paradigma agar ianya selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan bidang-bidang penyelidikan dan  pembangunan ,atau (R&D) negara di masa hadapan. Graduan-graduan dalam bidang ini telah diberi kepakaran asas saintifik dan berpotensi untuk mereka mengembangkan potensi mereka dalam penyelidikan perubatan negara tetapi terbantut akibat golongan ini telah diletakkan di tempat yang kurang sesuai. Medium yang sesuai bagi graduan-graduan bio medikal ini adalah dalam persekitaran yang kondusif seperti makmal-makmal penyelidikan perubatan atau penyelidikan saintifik yang berkaitan dalam bidang perubatan . Memang tidak dapat dinafikan yang peranan mereka sebelum ini telah membantu satu post penting dalam perkhidmatan kesihatan khususnya di setiap jabatan-jabatan patologi di seluruh hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka telah menyumbang kepakaran mereka dalam perkhidmatan makmal bersama profesion Juruteknologi Makmal Perubatan dan juga doctor pakar perubatan.
                     Semua sedia maklum perkhidmatan kesihatan di Malaysia bernaung di bawah satu bumbung Jabatan Perkhidmatan Awam, Pada satu ketika dahulu Malaysia adalah negara miskin tetapi telah beransur-ansur  bertukar menjadi negara membangun. Dalam fakta sejarah kita di Malaysia asalnya sebuah negara mundur dan miskin. Pada ketika negara kita berstatus miskin dan mundur ,nama Malaysia adalah Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu. Terdapat asas yang kukuh kenapa penulis kaitkan dengan fakta sejarah. Ini kerana kita tidak boleh lari dari satu teori yang mengatakan setiap sesuatu itu datangnya dari sesuatu yang asalnya. Begitu jugalah dalam sejarah perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Generasi sekarang harus tahu mana asalnya. Kalau tidak kita tidak akan tahu mana akhirannya ! Dalam perkhidmatan makmal patologi di hospital-hospital kerajaan , terdapat Juruteknologi Makmal Perubatan yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan perkhidmatan makmal patologi. Medical Laboratory Technology (MLT) adalah satu nama yang sinonim pada golongan ini. Negara dahulunya tiada kepakaran dan kelayakan yang tinggi bagi golongan sokongan perubatan seperti Jururawat,Juru X Ray, Jurupulih Anggota, Pembantu Perubatan,Juruteknologi Makmal Perubatan,Juruteknologi Pergigian dan Jurufarmasi .Semua profesion berkenaan bertaraf sijil pada suatu ketika dahulu sebab standart kita masih negara mundur dan beransur-ansur menjadi negara membangun. Taraf perkhidmatan kesihatan juga meningkat naik khususnya dari aspek kelayakan minimum bagi menjawat jawatan kumpulan sokongan paramedik perubatan di hospital-hospital kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi perkhidmatan makmal perubatan khususnya, pada era tahun50-an, 60-an,70-an dan 80-an, taraf jawatan kumpulan ini adalah sijil tetapi pada era awal 90-an, kerajaan sedar perlu perubahan taraf ketika itu seiring dengan kumpulan paramedik yang lain. Maka pada awal 90-an dengan rasminya Sijil Teknologi Makmal Perubatan bertaraf Sijil Bertaraf Diploma.Pada 1997 dan berikutnya maka ianya telah diiktiraf diploma penuh .
                     Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mencari satu kumpulan penjawatan professional bagi mengisi kekosongan post atau peranan kumpulan pengurusan makmal perubatan berlatarbelakangkan sains perubatan bagi mengantikan post pengurusan Teknologi Makmal Perubatan di Malaysia. Maka terlantiklah jawatan Pegawai Sains bagi diletakkan kumpulan ini bagi mengisi kekosongan post professional pengurusan makmal perubatan. Semenjak wujudkan kumpulan professional makmal dari kalangan penjawatan Pegawai Sains yang mereka ini dari bidang jurusan biomedical perubatan di institusi-institusi pengajian tinggi negara.Kalau di negara maju ,post berkenaan datangnya dari golongan graduan berijazah Teknologi Makmal Perubatan tetapi di Malaysia ketika itu masih mundur dan membangun maka Prof. Dr Ungku Omar telah membawa silibus Teknologi Makmal Perubatan dari London,Britain untuk dilatih graduan-graduan Teknologi Makmal Perubatan bermula diperingkat sijil. Prof. Dr Ungku Omar telah dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk bertanggungjawab dalam melatih graduan-graduan Teknologi Makmal Perubatan di Sekolah Teknologi Makmal Perubatan ,Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ,Kuala Lumpur.Wawasan Prof Dr Ungku Omar pada hayatnya ingin memartabatkan bidang Teknologi Makmal Perubatan ke peringkat yang setanding tingginya seperti di London yang mana silibus asal Teknologi Makmal Perubatan telah di ambil atau diikuti. Namun hayatnya tidak panjang maka beliau meminta kerajaan untuk meneruskan wawasan beliau seperti yang dihajatinya.Namun begitu kerajaan Malaysia menyanjung tinggi usaha dan wawasan beliau lalu mengabadikan nama sebuah dewan kuliah di Institut Penyelidikan Perubatan sebagai Dewan Ungku Omar sempena nama Allahyarham Prof.Dr Ungku Omar.
                  Di Institut Penyelidikan Perubatan sejak awal penubuhannya, warganya adalah terdiri dari golongan doktor perubatan dan pegawai penyelidik dari jurusan bio medical perubatan. Mereka ini adalah golongan ekspatriate perubatan professional yang mewarnai bidang perubatan di Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu pada ketika itu. Selepas tahun 1969, Malaysia terbentuk maka kerajaan telah menyusun kembali struktur-struktur perkhidmatan awam di Malaysia. Maka dalam bidang perubatan khususnya di hospital hospital kerajaan di seluruh negara telah diwujudkan jabatan-jabatan berkaitan. Maka Jabatan Patologi pun terbentuk dalam struktur perkhidmatan makmal kesihatan .Warganya adalah terdiri dari kalangan ekspatriate perubatan . Jika di Eropah dan negara maju yang lain pada ketika itu ekspatriate perubatan mereka adalah terdiri dari gologan graduan Teknologi Makmal Perubatan ,tetapi di Malaysia masih merangkak naik untuk menjadi negara membangun maka bidang Teknologi Makmal Perubatan dan paramedik yang lain telah dijadikan penjawatan kelas menengah atau bukan professional.Namun begitu kerajaan masih mengiingati "wasiat" atau 'obor' yang ditinggalkan oleh Prof.Dr Ungku Omar untuk memertabatkan bidang Teknologi Makmal Perubatan ini. Maka terdapat desakan kuat kearah tujuan itu.
                       Berbalik kita pada jurusan bio medical perubatan ini, seperti yang semua maklum yang graduan dalam bidang ini adalah graduan kelas tinggi dalam bidang perubatan . Tetapi telah tersasar jauh kearah memberi perkhidmatan di hospital-hospital ,bukan ke arah penyelidikan perubatan seperti tempat asalnya. Ramai ekspatriate-ekspatriate perubatan di Malaysia pada ketika ini tidak mahu langsung kearah penyelidikan dan pembangunan perubatan. Ini merugikan negara sebab boleh dianggap tidak berfungsi sepertimana sepatutnya.Tidak seperti di negara-negara maju yang lain, ekspatriate perubatan menbuat lebih banyak penyelidikan dan pembangunan perubatan serta menghasilkan penemuan-penemuan terbaru dalam bidang perubatan bertujuan untuk rawatan kepada pesakit.Kita tidak boleh menafikan yang kita terlalu kebelakang dalam bidang teknologi tinggi perubatan. Negara maju telah menapak jauh ke hadapan dengan produk-produk terkini dan termaju.Tetapi kita cuma berbangga menjadi negara yang paling banyak membeli dan memakai produk-produk mereka. Apa sudah jadi dengan golongan ekspatriate perubatan kita !
                       Struktur perubatan negara harus dikaji semula agar ianya dapat berdayasaing dengan negara-negara maju yang lain. Korea,Jepun ,China serta India adalah antara negara yang kehadapan dalam bidang perubatan jika dibandingkan dengan kita. England,Amerika Syarika,Jerman,Italy,Perancis serta Australia memang semua sudah maklum kemajuan mereka. Mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan produk-produk terbaru perubatan berteknologi tinggi . Tidakkah Malaysia ingin mengikuti langkah itu dengan serius. Penulis masih ingat lagi, di waktu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang ke 5, Beliau mengilhamkan Project Bio 9 Negara bertujuan untuk memperkasakan bidang penyelidikan dan pembangunan perubatan di Malaysia.Namun idea besar ini gagal diterjemahkan oleh ekspatriate-ekspatriate perubatan Malaysia .Kesudahannya Bio 9 Project dibatalkan atau abort status .Inilah yang telah terjadi dan negara dalam kerugian .Bagi tanggapan penulis jika Tun Mahathir mengilhamkan banyak idea besar termasuk Projek Kereta Nasional Negara (PROTON ) dan telah berjaya,tetapi Projek Bio 9 Negara Gagal ! Siapakah yang gagal sebenarnya dan siapakah yang mengagalkan projek ini. Bagi penulis, segalanya sudah ada dan terbentang cuma attitut atau sikap saja yang menggagalkan kita. Benarkah ekspatriate-ekspatriate perubatan kita malas berfikir dan kuat bekerja ? Harus diingat berfikir juga adalah bekerja cuma perbezaannya berfikir adalah bekerja dengan mengunakan otak. Begitu juga dengan konsep bekerja dalam Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D) ,memerlukan kita dengan memerah keringat otak untuk mencari idea,jalan serta formula baru dalam bidang perubatan untuk mengimplimentasikan dalam bentuk rawatan kepada pesakit atau penyembuhan penyakit . Mungkin ianya jihad dalam kontek perubatan demi bangsa ,agama dan negara.
               Juruteknologi Makmal Perubatan di Malaysia seakan terpinggir dalam kontek profesionalism malah ianya telah menjadi profesion kelas kedua atau separa perubatan walaupun berada dalam bidang saintifik.Dalam perkhidmatan awam di Malaysia ,ianya dikategorikan cuma kumpulan pelaksana atau sokongan 1. Di Britain profesion ini tinggi martabatnya setaraf professor serta professional . Mungkin senario dwi profesion dalam perkhidmatan makmal di Malaysia telah menjadikan Juruteknologi Makmal Perubatan satu profesion kelas bukan profesional atau separa profesional. Kenapa jadi begitu ? Bagi penulis , sudah tiba masanya konsep membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa diamalkan didalam bidang perubatan kita. Perubahan dasar perlu jika Malaysia ingin benar-benar maju dalam bidang perubatan moden yang sebenar. Memang benar kita sudah maju akan tetapi kita mesti menerima hakikat yang negara kita maju dalam kontek 'maju pakai' bukan 'maju cipta'. Negara kita serta warganya memang terkenal dengan kemajuan memakai atau menggunakan teknologi tinggi . Ini terbukti dalam segenap aspek kemajuan termasuk bidang perubatan. Semua kelengkapan perubatan moden telah dan mampu dibeli oleh negara. Persoalannya tidakkah kita mengimpikan produk teknologi kita sendiri ? Sampai bila kita harus membeli dari negara luar tanpa kita sendiri untuk mengambil inisiatif untuk berfikir dan belajar mencipta walaupun sukar tapi ianya berbaloi ! Ini lah peranan besar yang terletak dibahu profesional ekspatriate saintifik perubatan negara . Satu tanggungjawap bukan beban ! Mungkin satu jihad kepada agama,bangsa dan negara . Sesungguhnya bangsa yang maju itu adalah bangsa pencipta bukan bangsa pemakai.
                Majlis Profesor Negara yang ditubuhkan kerajaan harus menjadi 'pusher' kepada kerajaan dan negara dalam mengerakkan kemajuan hakiki yang sebenar. Majlis ini amat relevan jika ianya benar-benar berfungsi. Para graduan sains perubatan khususnya bidang Biomedikal harus ditalakan semula untuk menjadikan mereka 'Penyelidik Bertaraf Global ' supaya boleh menjadi kebanggaan negara dan dunia sejagat. Mereka harus berhenti menjalankan perkhidmatan sebagai pelaksana kesihatan di hospital hospital di seluruh negara. Mereka harus diletakkan di tempat yang betul seperti 'Sirih Pulang Ke Ganggang '.Dengan ini maka profesion dalam bidang Biomedikal ini benar-benar berdaya saing ,berinovasi serta bertaraf dunia. Bagi perkhidmatan makmal patologi di Malaysia biarlah Juruteknologi Makmal Perubatan Profesional yang menguruskannya. Biarlah Sirih Pulang Ke Ganggang.' Alang Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengang ' Mutiara yang paling berharga berada di perut laut. Tugas kita untuk mencari dan menerokanya.

Sunday, November 10, 2013

Kuasa Pemikiran Alternatif

         
  Kuasa Pemikiran Alternatif 

   Mengapa Begitu ?
   Mengapa Tidak Begini ? 

            Dalam mencari sesuatu idea  atau punca permasalahan ,kita mesti tidak boleh lari dengan kontek pemikiran di luar kotak . Untuk itu , kita mesti menyesuaikan diri kita dengan suatu suasana yang kondusif supaya ia dapat menjadi platform untuk kita melakukan suatu perubahan . Dalam kita mencari cara-cara penyelesaian baru yang lebih efektif dan strategik agar ianya dapat memberi kesan langsung dalam transformasi yang kita ingin laksanakan. Justeru  itu kita mesti ada sesuatu yang boleh dijadikan sandaran bagi idea kreatif kita untuk diketengahkan. Pemikiran di luar kotak memaksa kita mencari idea baru terhadap sesuatu penyelesaian masalah atau produk baru. Kita sudah terbiasa dengan soalan dan jawapan yang biasa. Kita selesa di tahap yang selesa. Amat sukar kita menerima soalan-soalan baru dengan jawapan baru. Mungkin Mind Set telah diprogramkan cara biasa yang telah selesa. Manusia memang sukakan keselesaan dan sememang perlukan keselesaan. Hari demi hari kehidupan kita menjadi selesa daripada dahulu. Sudah cukup selesakah anda ? Satu lagi soalan bonus yang kita sama-sama ingin,perlu dan akan mencari jawapannya. Mengapa begitu,Mengapa tidak begini, satu persoalan kreatif,inovatif,berani serta mencabar status quo.
                          Kuasa pemikiran alternatif memberi kita suatu fenomena baru tentang cara kita berfikir dan bertindak. Pemikiran kita di tala ke suatu arah persepsi atau perspective yang berbeza dari kebiasaan. Kadangkala seakan tidak logik ! Tapi  itulah keajaiban serta keistimewaannya. Cara-cara yang baru yang terpilih atau plan ketiga boleh membantu membantu meningkatkan mutu dan kualiti serta lebih bernilai tinggi. Kita selalu dihidangkan dengan pelbagai persoalan  ,permasalah ,fenomena serta peristiwa yang memaksa kita mencari jalan penyelesaian . Namun begitu ramai diantara kita yang tegar serta terbiasa dengan cara penyelesaian yang biasa. Otak kita jarang dikerah untuk memberi jawapan serta penyelesaian yang strategis , di luar kotak dan tektikal. Mungkin sudah diasuh atau dilatih untuk mencari jawapan yang biasa-biasa ! Kita malas memaksa atau memacu kelajuan otak kita untuk buat priming berfikir dengan talaan baru. Oleh kerana talaan otak secara biasa, maka hasil dari buah fikiran kita juga adalah biasa-biasa. Dan kualitinya juga biasa-biasa. Pemikiran tak sedar kita sudah diaruh dengan input yang biasa dan itulah hasilnya. Persoalannya manusia sememangnya memerlukan sesuatu yang baru dalam kehidupan. Kemajuan adalah perubahan dan pembaharuan. Kemajuan juga memerlukan cara-cara baru,itulah makna kemajuan. 
                     Ahli  Strategis Jepun, Kenichi Ohmae, dalam bukunya yang berjudul Ahli Pemikiran Strategis, ada menyentuh serta mengupas tentang berfikir di luar kotak dan kepentinganya dalam mengubah kekuatan serta daya saing organisasi perniagaan dalam menghadapi persaingan. Penulis begitu kagum dengan beliau dan cara beliau berfikir. Beliau   menjadi rebutan firma perniagaan besar Jepun dalam mengubah kekuatan syarikat ke arah   berdaya saing. Dalam bukunya itu , penulis masih ingat lagi dalam buku beliau telah menanyakan soalan-soalan pelik di luar kotak kebiasaan dalam sebuah mesyuarat peringkat tertinggi satu firma perniagaan yang berasaskan teknologi electronik . Kenapa barangan berkenaan begitu  cara fungsinya ? Kenapa barangan ini tidak berfungsi begini ? Semua ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan berasa terkejut, kurang selesa di peringkat awalnya, serta merasa pelik  dengan dengan soalan-soalan yang dilontarkan oleh pakar strategis Jepun ini. Namun begitu dalam masa yang sama mereka merasa sedikit kagum dengan corak pemikiran beliau. Penulis masih ingat lagi,soalan yang beliau lontarkan adalah pada ketka itu masih tidak wujud lagi remote control .Kenapa kita harus bangun dari tempat duduk  semata-mata untuk memetik dan menukar channel siaran pada peti televisyen ? Hasil dari lontaran  soalan pelik beliau pada ketika itu maka CEO firma berkenaan telah mengerahkan satu kumpulan brains storming yang terdiri dari sekumpulan jurutera firma berkenaan sepanjang 
malam,memikirkan bagaimana idea hebat pakar strategis Jepun ini dapat dilaksanakan. Kumpulan pengurusan tertinggi firma berkenaan sedar jika soalan besar lagi hebat itu berjaya  dijawab maka firma perniagaan mereka juga yang akan mendapat faedah besar nanti.  Hasilnya  terilhamlah satu lakaran model Remote Control jarak jauh yang boleh mengarahkan signal untuk menukar channel  televisyen pada ketika itu. Maka sepantas kilat, aura atau fenomena remote control tersebar luas kepada penggunaan lain-lain barangan electronik. Lihatlah betapa luas dan hebat kesannya terhadap dunia kepenggunaan masa kini.  Asalnya bermula dari satu soalan yang dianggap pelik telah berjaya mengubah dunia. Ajaib  Sungguh ! En Kenichi Ohmae telah terkenal di seluruh Jepun dan dunia perniagaan baik timur mahupun barat sebagai pakar strategis. Di atas kapasiti dan kejayaan beliau maka Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 ,Tun Mahathir b Mohamad telah melantik serta menjemput dalam membantu Malaysia dalam memberi idea serta imput berguna dalam pembangunan projek Koridor Raya Multimedia Malaysia di Putrajaya dan Cyberjaya.  
                          Kuasa Pemikiran Alternatif memberi kuasa,pilihan serta peluang bagi kita mencapai objektif sesuatu dengan cara dan dimensi yang baru. Kalau dilihat dalam perkembangan global semasa , ianya telah dianggap memang menjadi keperluan ! Memang agak ekstrem bunyinya . Dalam dunia tanpa sempadan ketika ini, dunia dilihat menjadi kecil dan tidak berjauhan. Segala-galanya telah menjadi kecil tetapi berperanan amat besar. Pernahkah kita sedar ianya sudah menjadi persekitaran kehidupan kita selama ini. Maka oleh itu, memaksa kita ,dari segenap penjuru,kedudukan,carta,heiriki organisasi,matlamat serta objektif memikirkan cara-cara yang relevan,efektif ,berinovasi dan memberi output yang besar yakni berproduktiviti tinggi dan berkesan. Pelbagai barangan pengguna,perkhidmatan serta bahan-bahan penyelidikan mempunyai potensi yang begitu luas untuk dimajukan.Segalanya memerlukan dimensi baru dalam pembikinan,perlaksanaan serta pembangunan. Pelbagai bidang di sekeliling kita boleh di lihat,di reka serta dikeluarkan dengan nafas baru ,ciri baru,teknik baru serta output dan kelebihan baru menjangkaui zaman. Inilah keajaiban Sentuhan Alternatif. Dunia seakan boleh diterbalikan jika mahu ! Amat menakjubkan. Nama-nama besar seperti Bill Gates, Donald Trumph,Mark Zurkerberg,Steve Jobs, Steven Speilberg dan ramai lagi,baik dari timur mahupun barat telah melihat dunia dari sudut yang berbeza.Merekalah yang telah menterbalikkan perkembangan dunia moden ketika ini dan masa akan datang. Di Malaysia ,perkembangan minda kreatif dan inovatif masih ditahap rendah .Malaysia amat memerlukan ramai innovator bagi kemajuan yang hakiki. Tanpa golongan innovator , Malaysia akan terus menjadi Negara pengguna. Adakah kita hendak selama-lamanya begini. Terus-menerus menjadi golongan pemakai yang terhebat. Tidakkah kita hendak melompat tahap ke satu tahap lagi. Satu lagi soalan bonus.
                Penulis ingin melontarkan soalan pelik kepada semua pembaca blog de Puncak Aspirasi.Mengapakah kita memandu kereta cuma dengan mengunakan kaki dengan memijak pedal minyak yang berada dibahagian bawah kereta ? Kenapa pedal minyak kereta mesti berada dibahagian bawah. Mengapa tidak di reka atau ditempatkan di bahagian lain yang mana boleh juga kita memandu dengan mengunakan tangan tanpa memijak dengan kaki ? Mungkin boleh ditempatkan bersama-sama dalam cengkaman stereng kereta disamping mengawal kenderaan . Pelikkan soalan begitu ? Mengapa begitu,mengapa tidak begini ? Mengapa tiada gajet seperti gelas atau cawan khas yang boleh dipanaskan air bancuhan seperti kopi,teh dan sebagainya didalam kereta ? Ia amat praktikal jika perjalanan jauh berkeluarga dan dengan tujuan sarapan pagi didalam kenderaan ? Bagi penulis ia amat praktikal sekali. Kenapa meter kereta mesti dilihat dengan cara lama. Adakah cara lain untuk diletakkan meter dan lain-lain gajet berkaitan . Mungkinkah ianya boleh disatukan dengan cermin hadapan kereta kita. Seperti dalam karakter Iron Man atau Robocop dan lain-lain lagi. Apabila mata ikon-ikon cerita-cerita saintifik hebat itu melihat, ianya boleh melihat pelbagai maklumat penting hanya didalam cermin mata atau topi ajaib mereka. Sungguh ajaibkan. Munkin ia boleh diimplimentasikan didalam kereta kita suatu hari nanti. Inilah hasil soalan-soalan keramat ,mengapa begitu,mengapa tidak begini ? Bersambung.......

Saturday, April 20, 2013

Profesional Yang Tidak Profesional



          Budaya pemikiran ` copy & paste ' di kalangan profesional kita amat membimbangkan. Amalan `bonceng gratis ' juga menjadi semakin serius di negara kita dan apakah yang akan terjadi jika ianya terus dibiarkan dan dihalalkan ? Stigma yang boleh menjadi penghalang kepada kemajuan bangsa Malaysia apabila ingin mencapai status negara maju . Negara mengidamkan sentuhan-sentuhan ajaib dari anak bangsa Malaysia sendiri . Justeru itu di kalangan profesional negara perlu melihat lebih jauh ke hadapan agar negara boleh bersaing dari segala aspek baik dari segi ekonomi dan sebagainya. Masih terlalu banyak yang perlu dibuat oleh golongan profesional kita untuk memartabatkan bidang bidang tertentu agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai contoh bidang perubatan , kejuruteraan, teknologi telekomunikasi, bidang pembelajaran, kaedah-kaedah terbaru teknologi pembuatan dan sebagainya amat-amat menantikan sentuhan dari warga atau anak Malaysia sebagai pencipta atau pelopornya. Ini sudah tentu akan menjadi suatu fenomena baru dalam dunia industri global. 

        Di Malaysia, kita sememangnya telah dihidangkankan keadaan yang mewah dan serba mencukupi baik dari segi meterialistik atau dari segi kehidupan . Serba serbinya mewah dan semua barangan atau perkhidmatan amat mudah diperolehi di sana sini. Akan tetapi sedarkah kita akan semua barangan berkenaan walaupun mudah didapati datangnya dari negara-negara luar walaupun kadang-kadang ada di antara barangan berkenaan kita sendiri boleh atau ada kepakaran untuk membuatnya. Sungguh menghairankan lagi, kalau sesuatu barangan itu sendiri walaupun sama dari fungsi dan kegunaannya tetapi kita semua lebih terdorong untuk mencari barangan dari luar negara dari barangan negara kita sendiri kononnya ia lebih dari segi kualitinya. Benarkah begitu ? Atau ada sesuatu yang tersembunyi sebabnya untuk kita memilih untuk menggunakan barangan dari luar . 

        Memang tiada salahnya jika kita memilih untuk tidak menggunakan barangan buatan kita sendiri. Itu menjadi hak seseorang dan kebebasan memilih. Hak kebebasan memilih ! Namun begitu jika difikirkan dari konteks prinsip moral dan nasionalisma , adalah lebih elok jika kita ada perasaan bangga dan megah apabila kita sendiri yang menjadi penggunanya . Kita harus yakin yang barangan ataupun produk kita tidak kurang standard atau tarafnya dari barangan yang datang dari negara lain. Begitu juga dengan konsep berfikir atau metadologi tentang sesuatu perkara atau cara penyelesaian sesuatu perkara. Kita boleh juga menentukan cara-cara yang lebih sesuai dengan ' orang Malaysia ' untuk maju dan memperoleh sesuatu kemajuan tanpa merujuk atau bertanyakan pihak 'orang puteh ' yang semua sudah maklum kononnya mereka adalah pakar rujuk kepada kemajuan. Negara sememangnya sudah lama merdeka,namun begitu kesan dari lebih 400 tahun penjajahan bangsa asing terhadap negara kita telah meninggalkan kesan yang lama lagi mendalam terhadap sosial budaya dan cara kita berfikir. Fikiran kita telah juga terjajah ! Profesional dan cerdik pandai kita kurang menyerlah dari segi 'performance' mereka sebagai profesional. Ini realiti yang kita telah dipertontonkan di hadapan mata kita cuma ada yang tidak sedar saja tentang ketiadaan profesionalisme dan semangat mereka . Menjadi golongan profesional yang tiada profesional ,memang amat menyedihkan bagi negara . Banyak wang sudah dilabur oleh negara untuk menjadikan 'segolongan ' {profesional } rakyat negara ini menjadi seorang yang profesional. Akan tetapi berapa ramai dari mereka yang benar-benar berfungsi semaksimun yang sepatutnya. Ramai di antara mereka yang sekadar ' cukup-cukup makan sahaja ' ! Ini yang amat menyedihkan bagi negara kita. Kita semua boleh bersikap hipokrit serta menidakkan ' kecacatan kita ' sendiri . Umpama seorang yang ingin menakluk puncak gunung yang tinggi dengan hanya menumpang pesawat helikopter untuk mendarat di sana. Oh , begitu mudahnya........... 

      Sikap serta pemikiran oleh sekelompok profesional kita amat mengecewa serta merugikan organisasi khususnya dan negara amnya. Kebanyakan dari mereka ini tidak mahu langsung mencabar status quo mereka dan keadaan semasa. Mereka lebih bersikap pasif pada daya usaha mencipta sesuatu yang menjadi keperluan dalam dunia hari ini . Dalam pelbagai bidang memang wujud peluang-peluang penambahbaikan yang diperlukan . Cuma daya usaha dan tumpuan fikiran kearah mereka cipta sesuatu yang kurang pada profesional negara kita. Di sektor awam khususnya, segolongan besar profesional kita masih berada di bawah tahap sebenar kemampuan mereka. Profesional perkhidmatan awam bagai terkulai layu dengan hanya bermegah dengan pangkat serta gred mereka pada skim perkhidmatan awam. Mereka tidak berfungsi dengan apa yang sepatutnya. Tidak berpandangan jauh dan mempunyai semangat yang begitu rendah untuk maju. Maju dari segi output organisasi, bukan maju pada kenaikan pangkat serta gred gaji . Ini amat merugikan kerajaan ,negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Negara amat memerlukan pelbagai ' sentuhan ajaib ' dari kalangan profesional kita sendiri. Bukan ' penyelesaian dari pihak luar' yang dianggap mudah lagi cepat. Dari segi moral , kita jauh lebih terkebelakang apabila kita sendiri membuat keputusan untuk terus mengambil jalan mudah dengan menggunakan saja hasil ciptaan 'orang luar ' yang sedia ada. Akan tetapi perlu difikirkan golongan pencipta akan terus dimartabatkan ketinggian mereka dalam sejarah ketamadunan manusia. Untuk itu jika kita ingin memertabatkan bangsa Malaysia,tidak dapat tidak ,golongan profesional kita harus mempunyai daya usaha dan pemikiran kritis dan inovasi dengan berlumba lumba mengetengahkan hasil ciptaan masing masing terhadap dunia . Hakikat sejarah yang kita tidak boleh nafikan , pencipta adalah lebih tinggi darjatnya dari pengguna. Kita di Malaysia lebih gemar berfikiran 'short cut ' dengan terus menjadi pengguna dan kita selesa di tahap itu. Adakah ianya berbaloi ! Sebahagian besar profesional kita tidak berfungsi sebagai profesional. Mereka lebih selesa dengan tahap ' menjadi pelaksana kepada kemajuan orang lain ' . Persoalannya, sampai bilakah kita akan menjadi pencipta ? 

       Majlis Profesor Negara harus menjadi ' pusher ' ke arah ini. Kalau tidak, bagi pandangan penulis negara kita akan terkenal menjadi salah sebuah negara yang begitu ramai ' profesional pelaksana ' pada kaca mata dunia. Mungkin kita akan bersikap syok sendiri tetapi pada hakikatnya kita hanya menjadi pengguna yang terhebat di dunia. Tidak lebih dari itu . Malaysia tidak seharusnya melahirkan ramai ' profesional robot ' tetapi negara kita perlu ramai ' Creator Professional ' atau profesional cipta. Dengan itu nescaya Malaysia yang kita sayangi ini akan terlonjak kedudukannya dengan kemajuan reka ciptanya. Kerajaan ,negara serta rakyat terpaksa menanggung rugi yang bukan sedikit jumlahnya jika kemampuan profesional kita tidak digunakan semaksimunnya. Apabila kita memegang amanah untuk menjadi seorang yang profesional maka menjadi tanggungjawab yang besar yang harus dipikul untuk negara dan manusia sejagat. Pemikiran ini harus tersemat di sanubari dan menjadi falsafah mereka sampai bila bila. Umpama falsafah serta prinsip seorang doktor terhadap pesakitnya. Begitu jugalah pada profesional yang lain. Bak kata pepatah melayu, ' bagai melepas batuk di tangga ' itulah hakikat yang terpaksa di telan oleh kita dan telah menjadi amalan serta sikap sebahagian besar profesional di Malaysia. Sayang , seribu kali sayang, apabila menjadi profesional yang tidak profesional .

Friday, December 28, 2012

                                  DILEMA KEHIDUPAN PENJAWAT AWAM
        
                                  DI ALAF METROPOLITAN
        Pengenalan

                 Kakitangan awam merupakan aset modal insan atau tunjang kepada kerajaan dalam melaksanakan polisi-polisi kerajaan . Mereka juga penggerak utama dalam merealisasikan impian kerajaan yang bakal menuju negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Justeru itu, kakitangan awam di seluruh negara dikehendaki melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan ,kemahiran insaniah ( Soft Skill’s )dan nilai-nilai murni dalam menunaikan tanggungjawap kepada rakyat amnya serta kerajaan Malaysia khasnya.Modal insan yang produktif ,inovatif ,pragmatif dan karismatis dalam perkhidmatan awam dapat menjadi pemacu di dalam peningkatan urus takbir korporat kerajaan dan secara langsung akan menyumbang dalam pembangunan prasarana dan ekonomi negara.Peranan kakitangan awam menjadi begitu penting dan strategik untuk pembangunan negara harus dilihat sebagai suatu pemangkin dan tulang belakang ( Back Bone ) kepada sektor swasta dan juga golongan korporat dan peniaga. Segala hasil ( Out put ) dari kerajaan akan menjadi indikator kepada rakyat sebagai pemberi amanah kepada kerajaan , swasta yakni golongan korporat dan peniaga , para-para pelabur dalam dan luar negara dan juga kesannya akan turut dinilai oleh para ekspatriat negara-negara luar. Justeru itu kakitangan awam tidak dapat tidak , mesti berusaha kearah merealisasikan impian kerajaan dengan melaksanakan kerja dengan komited dan berintegriti , supaya hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju akan tercapai jua akhirnya menjelang tahun 2020. Menyedari pentingnya peranan kakitangan awam , semua pihak harus sedar yakni rakyat ,pihak swasta serta peniaga,mahupun kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai badan pengurus bagi pihak kerajaan, harus peka tentang perkara-perkara berbangkit yang melibatkan permasalahan kakitangan awam serta harapan dan timbal balas kepada mereka sebagai faedah bersama haruslah dalam keadaan menang-menang. Dalam memenuhi tuntutan perkhidmatan yang berkualiti tinggi mengikut spesifikasi yang hendak dicapai, baik diperingkat dalam mahupun luar negara, pihak pelaksana iaitu kakitangan awam , terpaksa menempuh pelbagai kesukaran dan cabaran untuk terus hidup dan dianggap berstatus seorang yang berjaya.Bercakap soal kejayaan dalam kehidupan pula merupakan sinonim kepada generasi sekarang yang pada umumnya rata-rata individu telahpun bergelar seorang graduan apabila memiliki segulung sijil,diploma,ijazah sarjana muda, ijazah lanjutan serta doktor falsafah dari institusi-institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta. Mereka secara kebiasaan akan cuba menghampiri apa-apa bentuk kejayaan dan telah menjadi fitrah manusia akan tertarik pada kejayaan . Hukum Tarikan ( The Law of Attraction’s ) mengatakan wujud faktor-faktor tertentu yang mungkin dipanggil ‘Faktor X’ ( The X Factor ) dalam mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dan sudah diambil oleh mereka tentang sesuatu perkara yang melibatkan faedah-faedah tertentu untuk diri mereka sendiri,keluarga serta masyarakat amnya.

                                                             JUSTIFIKASI ISU

                          Terdapat beberapa faktor utama atau desakan kuat kenapa isu ini diketengahkan oleh pihak pekerja adalah wujud beberapa perkara pokok yang relevan untuk dinilai dan diperhalusi oleh pihak-pihak yang berkaitan . Umpama kita cuba mengemas sesuatu atau bergotong royong masih terdapat banyak sampah sarap yang perlu dibuang atau kekotoran yang perlu dicuci, ia boleh jua ditafsirkan sebagai bedah siasat (Post Mortem ) bagi majikan, mencari atau menyiasat punca-punca sesuatu kelemahan ,kegagalan,kesilapan atau perkara-perkara yang menjadi duri dalam daging yang mungkin menjadi punca kepada ketidakcekapan didalam perkhidmatan (Route Cause Analysis ).Itu jika dari segi kontranya, dari segi pronya pula, atau lebih tepat lagi dari sudut pandangan positif,ia boleh ditafsirkan sebagai langkah-langkah penambahbaikan ( Penyelidikan & Pembangunan ,R&D. )kepada pihak pengurusan sumber manusia dan modal insan . Ini boleh menjadi skim galakan dan kebajikan kepada kumpulan pelaksana atau pekerja,pengurusan dan profesional, dan juga kepada audien yakni masyarakat umum tentang daya penarik (attraction ) yang boleh didapati dalam organisasi yang terlibat. Daya penarik merupakan elemen penting dalam pemasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan kerana ianya akan meningkatkan nilai sesuatu entiti ke tahap kemasyhuran.Begitu jugalah dalam memangkinkan semangat pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam ,beberapa petunjuk (indikator) yang boleh menyebabkan motivasi atau kebolehsanggupan seseorang kakitangan awam meningkatkan mutu kerja dan produktiviti adalah dengan memberi mereka beberapa insentif khas yang relevan kepada kakitangan sebagai skim galakan secara tidak langsung oleh pihak majikan kepada pekerja atau pegawai yang berkhidmat dalam ruang lingkup sesuatu kawasan khususnya yang berstatus Wilayah Persekutuan . Menyentuh tentang insentif khas wilayah persekutuan,penulis difahamkan memang ada bayaran diberikan kepada sebahagian kakitangan awam,akan tetapi itu cuma bayaran bagi kakitangan awam yang berkhidmat dari semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan begitu juga kalau kakitangan terbabit dikehendaki bertugas dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Bayaran yang dimaksudkan itu adalah elaun wilayah dari kerajaan negeri dan persekutuan .Tetapi sungguhpun nama elaun wilayah diberikan sebagai insentif ,penulis berpendapat ia lebih sesuai diberi nama lain dan bukan elaun wilayah . Bagi penulis nama yang sesuai adalah Bayaran Elaun Khas Seberang Laut atau elaun negeri.Sebab ia dibayar oleh pihak majikan kepada kakitangan jika ada keadaan pertukaran tempat bertugas seperti mana yang telah dinyatakan tadi berlaku.Penulis sejak dari dulu lagi tidak bersetuju dengan transkripsi terma elaun wilayah yang telah diterima pakai sejak dahulu sehingga sekarang kerana ia dengan jelas tidak melambangkan apa yang berlaku sebenarnya berlaku atau berjalan .Bagi penulis bayaran elaun wilayah yang telah diterima oleh segelintir kakitangan awam sekarang sebenarnya adalah elaun seberang laut dan ia dibayar oleh kerajaan negeri atau persekutuan.Insentif Khas Wilayah Persekutuan (IKWP) sebenarnya harus diberi kepada semua penjawat awam yang bertugas di sekitar kawasan berstatus Wilayah Persekutuan seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Putra Jaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.Ianya boleh juga dipanjangkan kepada bandaraya-bandaraya besar yang berstatus maju seperti Bandaraya George Town Pulau Pinang dan Bandaraya Johor Bahru,Johor yang mempunyai kos sara hidup yang begitu tinggi .


                             SUSUT NILAI PENDAPATAN AKIBAT PERUBAHAN STATUS

                      Apabila status sesebuah kawasan telah dinaikan taraf sebagai contoh dari bandar ke bandaraya atau bertukar ke status Wilayah Persekutuan, secara automatik kawasan berkenaan akan mengalami perubahan yang ketara dari segi kos sara hidup disebabkan oleh faktor-faktor nilai hartanah serta permintaan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan menjadi semakin rancak. Nilai hartanah akan melambung tinggi dan sudah tentu nilai jualan rumah kediaman turut meningkat naik dengan ketara .Ini termasuk kadar sewaan kediaman di kawasan sekitarnya juga akan meningkat berbanding dengan kawasan-kawasan yang bukan berstatus bandaraya.Apabila kadar jualan hartanah melambung tinggi dan kadar sewaan di premis-premis perniagaan meningkat, ini sudah tentu akan meningkatkan juga harga jualan barangan pengguna,makanan serta perkhidmatan terhadap penduduk-penduduk di kawasan berkenaan . Mereka mungkin tiada pilihan melainkan terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan atau perkhidmatan yang dilanggani. Ini termasuk segala peningkatan kos kehidupan dikawasan berkenaan . Oleh itu ,penduduk-penduduk yakni pekerja-pekerja di kawasan berkenaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menampung segala kenaikan kos yang berlaku akibat dari pelbagai faktor termasuk aktiviti perniagaan yang rancak , juga terdedah kepada spekulasi-spekulasi perniagaan dan perdagangan luar kawalan.Para pemaju perumahan dan hartanah juga menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup di kawasan berkenaan. Kebiasaannya aktiviti-aktiviti spekulasi luar kawalan ini akan melonjakkan aktiviti perniagaan dan sudah tentu kesannya akan dapat dirasai oleh semua penduduk-penduduk akibat nilai jualan di kawasan berkenaan meningkat.Ini akan menjadikan nilai wang penghuni-penghuni bandaraya dan wilayah persekutuan akan menjadi susut dengan ketara sekali. Pekerja-pekerja dalam sektor awam yang bertugas didalam kawasan terbabit akan mengeluarkan wang gaji mereka untuk menampung dan menyerap segala macam peningkatan kos yang berlaku . Ini tentu tidak adil jika tiada sumber lain yang dapat mengimbangi kadar kehilangan nilai wang mereka (susut nilai )dengan ketara. Oleh yang demikian ketidakseimbangan nilai wang para pekerja di kawasan berkenaan akan memberi kesan langsung dalam mutu kehidupan mereka dan juga dibimbangi akan mengurangkan juga mutu kerja dan produktiviti organisasi. Ia mungkin merupakan perkembangan modal insan yang tidak sihat dan berkemungkinan akan merebak lagi isu-isu lain seperti kemiskinan bandar, sosial,perpecahan dan perbalahan keluarga, jenayah ,perjudian,along,wang panas,skim cepat kaya dan sebagainya yang titik bengik asalnya adalah dari masalah kewangan.Wang boleh diibaratkan madu dan juga racun dalam kehidupan . Memang benar wang bukan segalanya dalam kehidupan,akan tetapi ia merupakan agen dan motivasi penting dalam kehidupan manusia sejagat.Tanpa wang yang mencukupi kehidupan sempurna sukar dicapai. Untuk meningkatkan jumlah pendapatan ,seseorang itu sanggup melakukan apa saja demi untuk memenuhi kehidupan diri sendiri dan juga keluarga masing-masing.Ada yang cuba menggunakan segala kebolehan serta bakat yang ada semata-mata untuk mendapatkan dan meningkatkan jumlah pendapatan.Dunia menjalankan perniagaan juga semata-mata untuk memperolehi wang yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan dan agenda manusia sejagat,politik serta kemajuan negara masing-masing.

                                BAHAYA SISTEM KAPITALIS KEPADA SEMUA

                     Sistem ekonomi ala kapitalis yang dipelopori negara barat dipercayai telah menular dan diamalkan dengan ketaranya oleh sesetengah pihak di negara ini.Ini amat dibimbangi kerana kesannya untuk generasi akan datang amatlah besar.Sistem ekonomi ala kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan besar dan segera ini amat bahaya jika dikaji dengan mendalam . Kita dapat lihat sekarang banyak gergasi ekonomi dari barat yang mempelopori dan berpaksikan ekonomi ala kapitalis telah mengalami keruntuhan satu persatu.Seluruh rakyat Malaysia harus sedar tentang bahaya ini. Sikap tamak haloba oleh manusia-manusia rakus bakal mengundang malapetaka pada diri sendiri dan generasi akan datang.Aktiviti-aktiviti ekonomi yang berteraskan spekulasi melampau harus dipantau dan diikat oleh suatu akta supaya ianya tidak menjadi igauan ngeri suatu hari nanti.Usah kita biarkan penyangak-penyangak korporat mengeksploit serta mengambil kesempatan diatas kelemahan dan kesengsaraan orang lain. Malaysia harus maju pada acuan kemajuan yang tersendiri baik dari segi ekonomi,sosial, pembangunan serta daya cipta yang tidak sahaja berteraskan barat untuk melakukan transfomasi. Kita tidak kurang dari segi kebolehan untuk maju asalkan kita mempunyai suatu semangat untuk maju . Tidak semestinya ilmu yang hebat itu berada ditangan orang puteh.Perubahan minda harus berlaku yang kita sendiri mampu menerjah dan mencipta sesuatu yang luar biasa yang belum pernah orang puteh buat. Percayalah ,kita sudah lama merdeka, dan kita mampu membuat segala keputusan sendiri.Itulah erti kemerdekaan sebenarnya. Mampu membuat keputusan sendiri dengan yakin. Kita harus berani mencabar perkara-perkara aneh dan pelik agar menjadi suatu ciptaan yang dapat dimanfaatkan oleh negara serta seluruh penghuni dunia sejagat.Itulah kehebatan pencipta-pencipta yang telah mewarnai kehidupan dunia sejagat. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan kaum itu sendiri yang sanggup merubahnya.Berani mencabar sesuatu yang biasa akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Cerdik pandai Malaysia harus merevolusikan kembali ilmu yang tidak hanya berpaksikan barat.Orang Malaysia tidak kurang hebatnya dan keputusan yang kita buat mengikut acuan kita sendiripun mampu menerjah kecemerlangan.Cuma apa yang perlu adalah yakin , sabar dan percaya terhadap keputusan yang kita buat. Kepercayaan mampu membuktikan sesuatu,inilah produk penyelidikan sebenarnya. Selamatkanlah Malaysia dari amalan sistem kapitalis.Penulis menyarankan agar Majlis Profesor Negara yang ditubuhkan kerajaan dapat memainkan peranan secara aktif dalam menjadi aktivis kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya supaya masyarakat dan negara mendapat faedah besar hasil dari cerdik pandai kita sendiri. Majlis Profesor Negara harus berani mencabar ilmu-ilmu yang dipelopori barat,dalam konteks ingin melakukan sesuatu yang ‘baru dan segar’ hasil dari ciptaan sendiri.Pemikiran dan amalan bonceng gratis oleh segelintir profesional kita pada cara-cara barat harus dihentikan. Ia juga harus bersifat nasionalis dan patriotik yang bakal menjadi kebanggaan negara serta generasi Malaysia akan datang. Penulis sengaja meluaskan sedikit skop penulisan agar ia dapat dilihat dalam konteks yang lebih luas dan bukan sahaja untuk kepentingan penjawat awam tapi untuk semua . Suatu transformasi pemikiran harus berlaku kepada semua golongan warga Malaysia .Memang senang untuk kita menggunakan sahaja apa-apa(‘produk-produk’) yang berada disekeliling kita dari kita sendiri yang cuba menjadi pencipta kepada sesuatu(‘produk’), tetapi harus diingat bahawa pencipta sentiasa berada ditahap yang teratas dalam hareiki ketamadunan manusia sejagat dan alam semesta. Renung-renungkanlah.Impak dari amalan kapitalis boleh menjadi beban yang besar kepada semua khususnya kepada golongan pekerja di sektor awam ,sektor swasta, rakyat Malaysia amnya dan juga untuk generasi akan datang. Membuat spekulasi yang melampau terhadap nilai sesuatu barangan atau perkhidmatan boleh memberi kesan langsung kepada susut nilai wang para pekerja perkhidmatan awam, swasta dan rakyat keseluruhannya .Bagi mereka yang memilih untuk menetap di bandar-bandar besar pasti akan merasa tempias langsung dari keadaan susut nilai yang melampau ini.Semua barangan atau perkhidmatan yang dilanggani perlu dibayar pada kos yang tinggi. Ini amat membebankan rakyat serta hidup akan menjadi begitu susah dari masa ke semasa. Semua ini hasil dari suatu sistem yang kita sendiri relakan ianya terjadi. Hujah ini perlu diluaskan sedikit agar semua dapat memahami akan hubungkaitnya dengan kita dan bahayanya kepada anak serta cucu cicit kita suatu hari nanti.Kebimbangan ini sama seperti gambaran sebuah filem dari Hollywood yang berjudul Repo-men yang mana dalam cerita tersebut organ-organ transplant palsu seperti jantung,mata,telinga ,buah pinggang dan lain-lain mendapat permintaan yang tinggi oleh manusia pada masa hadapan demi semata-mata untuk meneruskan kehidupan.Sebuah pusat pengeluaran organ-organ palsu wujud untuk memenuhi permintaan manusia di seluruh dunia dan organ-organ ini dijual dengan pelbagai kaedah kepada manusia dan ia boleh dibeli dengan bayaran ansuran di bawah kendalian sebuah agensi .Kepada sesiapa yang gagal untuk membayar ansuran atau hutang dengan sempurna, ia akan diburu dan dibunuh oleh egen-egen pengutip hutang dari agensi pemberi hutang berkenaan. Ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat kepada manusia yang terpaksa berhutang organ untuk terus hidup. Cerita ini amat menarik untuk ditonton dan ia banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita. Senario dalam cerita tersebut yang boleh penulis simpulkan ialah tentang mungkin pada suatu hari nanti manusia di seluruh dunia akan bergantung harap kepada organ-organ palsu dan terpaksa membayar dengan kos yang begitu tinggi untuk meneruskan kehidupan . Kesihatan pada suatu hari nanti akan didagangkan dengan nilai yang begitu tinggi sekali sehingga menjadi dilema yang menakutkan kepada manusia sejagat. Akan ada golongan yang akan menangguk di air yang keruh diatas kesengsaraan insan lain . Tidak salah jika penulis ramalkan yang mungkin pada masa sekarang dan masa hadapan banyak sektor lagi akan dijadikan bahan dagangan utama yakni dikomoditikan seperti makanan ruji utama,kediaman,pendidikan,perkhidmatan,perhubungan dan lain-lain lagi.Semua manusia diseluruh dunia perlu mempunyai jumlah pendapatan yang begitu tinggi demi semata-mata untuk memenuhi hanya kehidupan asas sahaja. Sejauh mana ramalan ini benar ,cuma masa akan menentukan.

                       Para-para pembuat keputusan,profesional,penyelidik,pengajar,ahli-ahli politik dan cendekiawan,tokoh-tokoh agama,pertubuhan bukan kerajaan (NGO),serta masyarakat amnya boleh serta mampu untuk menjadi penyelamat kepada suatu kehidupan yang lebih senang,tenang,nyaman dan tenteram.Ketenteraman hati dan jiwa masyarakat mampu menyelesaikan banyak masalah yang wujud baik dari segi agama,sosial,ekonomi,kesihatan serta keselamatan.

                                              BAJET 2012 DAN KAKITANGAN AWAM

                   Pada tanggal 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan bajet 2012,yang secara umumnya bolehlah disimpulkan bajet untuk rakyat.Itu memang diakui dan dipercayai dapat meransang dan menjana ekonomi dan pendapatan negara dalam meneruskan kesinambungan dan kelangsungan kemajuan negara Malaysia yang tercinta.Di samping itu bajet berkenaan dapat memberi impak yang besar dalam memelihara kredibeliti kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat selari dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .YAB Perdana Menteri telah juga mengumumkan beberapa insentif khas yang membabitkan kebajikan kakitangan dalam perkhidmatan awam. Skim baru SBPA ( Skim Baru Persaraan Perkhidmatan Awam ) telah mengantikan SSM (Skim Saraan Malaysia ),yang mana faedah jangka panjang untuk kakitangan awam dimana tanggagaji telah dipanjangkan serta kenaikan gaji tahunan telah bertambah. Selain itu, bagi kakitangan yang memilih opsyen ke SBPA ,mereka akan menikmati kenaikan gaji dari antara 7%-13% dari gaji asas semasa mereka mengikut gred.Namun dengan tentangan hebat dari beberapa pihak khususnya CEUPACS terhadap perlaksanaan SBPA , YAB Perdana Menteri telah membuat pengumumam pembatalan perlaksanaan tersebut dan meneruskan sistem saraan yang sedia ada tetapi dengan mengekalkan imbuhan serta faedah gaji kepada kakitangan awam. Juga diumumkan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK ) dan mengantikan sistem penilaian baru (PROSPEK ) yang pada asasnya akan menilai tahap prestasi kakitangan awam secara lebih menyeluruh (360 ) bukan lagi berpandukan pada mekanisma seperti sebelumnya.Umur persaraan juga telah dilanjutkan dari 58 tahun ke 60 tahun.Selain Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC), Pingat Khidmat Cemerlang (PPC) merupakan produk inovatif terbaru kerajaan sebagai satu lagi bentuk penghargaan kepada kakitangan awam yang member sumbang bakti sosial kepada masyarakat melebihi ekspektasi organisasi. Ini semua menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan kakitangan awam yang telah menyumbang perkhidmatan dengan efisien dan penuh tanggunjawab pada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Penulis juga berpendapat agar kerajaan terus menjamin dan melindungi penjawat awam bagi semua kementerian dari arus globalisasi barat yang tidak menentu kerana penjawat awam adalah tulang belakang kerajaan dan ia juga sebagai pelaksana kepada agenda kerajaan . Juga disarankan agar kerajaan tidak terus menerima pakai bulat-bulat apa saja cadangan atau konsultansi dari pihak barat dalam program penambahbaikan dan transfomasi yang berlaku demi mengejar kemajuan . Kita harus maju dengan cara Malaysia kerana kita sudah lama merdeka.


                                                       KESIMPULAN

                       Mencari dan mendapatkan pendapatan yang lebih, memang tiada salahnya tetapi harus diingat bahawa matlamat tidak sama sekali menghalalkan cara. Ia harus mengikut lunas-lunas yang betul dan tertib agar rezeki yang masuk menjadi darah dan daging ke dalam tubuh badan kita adalah dari sumber yang halal dan berbaloi supaya kita diredhaiNya. Dapat menjadi akal dan fikiran seperti insan terbilang dan sebaik-baik manusia. Sebab apa saja yang kita masukkan ke dalam tubuh badan kita akan pasti ada produk sampingan atau buangannya. Kalau kita makan ‘makanan yang baik’ kita akan menjadi insan yang terbaik,insyaallah, dan begitu jugalah sebaliknya. Jangan jadikan amalan mengambil hak orang lain untuk kesenangan diri sendiri sebagai suatu budaya dalam kehidupan. Membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul harus menjadi amalan dalam kehidupan .Artikel ini harus dilihat pada persepsi yang lebih luas dan sejagat untuk kesejahteraan hidup yang lebih bermakna.Penulis amat mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir b Mohamad ,tokoh korporat melayu terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan yang terbaru seorang lagi tokoh melayu yang berani dan berkarisma yang boleh penulis tafsirkan anak Malaysia yang berfikiran berani dan merdeka ialah Tan Sri Muhammad Ali Hashim . Bekas CEO dan Presiden Johor Corporation (JCorp) ,KFC Holding dan QSR Brand Bhd ini berani berfikiran menokah arus dan yakin dengan kebolehan berfikir secara kendiri, idealistik ,futuristik, inovatif dan patriotism dengan memperkenalkan konsep wakaf korporat dalam dunia peniagaan dan hubungan konsepnya dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara.Idea bernas beliau harus diteliti dan diterapkan dalam pentadbiran negara untuk kepentingan dan kesesuaian rakyat Malaysia amnya.Penulis juga ada melampirkan keratan-keratan akhbar tentang isu-isu yang ada kaitan dengan topik yang penulis paparkan sebagai sisipan tambahan kepada pembaca yang budiman.Teringat penulis pada sebuah lagu dendangan Ramli Sarip yang sebahagian liriknya berbunyi begini;
                                                                                                                                                       Dengarlah hai teman,….. Dengarkan bersama,…. Aku menulis bukan kerna nama,….. Kerna sifat kasih,pada sesama insan,…. Dan menyatakan kasih sayangku,…… Kita sama,semuanya sama…… Apalah yang ada hanyalah kehidupan…… Oleh : de Puncak Aspirasi Yang Menulis

TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA  ( London , United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye') 10 Januari, s...