TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA
(London,United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye')
10 Januari, selasa , 2023 menjadi satu lagi detik bersejarah dalam diari kehidupan saya. Suatu catatan perjalanan baru telah tercipta. Terjahan jarak jauh menerobos sempadan diri . Satu illtenari perjalanan travelog secara back packer @ DIY telah disusun khas , rapi serta komprehensif dengan tujuan sekali lagi menakluk bumi Eropah , Balkan serta sebahagian Eropah Timur . SQ125 Singapore Airline , telah memulakan langkah saya bersama isteri bergerak melalui Terminal M , KLIA pada jam 8.30 malam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sebagai destinasi transit sebelum menuju ke Heathtrow Airport London .
Kami tiba di Changi Airport tepat jam 8.30 malam Terminal 3 menuju ke Gate A 9 & A10 sehingga jam 11.45 malam sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan dengan pesawat SQ 322 Airbus A380 Jumbo Singapore Airlines ke London-LHR untuk pelepasan .Kami dibenarkan menaiki pesawat mulai jam 10:30 malam setelah pintu gate dibuka serta check in dokumentasi dijalankan . Untuk bagasi kabin pula tiada sebarang masalah disebabkan ianya telah diuruskan oleh pihak syarikat penerbangan dari KLIA lagi . Hanya Self Luggage 7 Kg beserta barangan peribadi yang dibawa naik bersama keatas pesawat ,perlu diuruskan sendiri. Tepat jam 11:45 minit malam , SQ322 A380 Jumbo menerjah ke awan Changi Airport bersama deruan Engin Super Jumbo yang menakjubkan . Terjahan ke langit Singapura menuju ke Selat Melaka bermula dengan ketiggian yang masih boleh diintai dari tingkap pesawat. Hanya kerlipan lampu Bandaraya Singapura merentas Tambak Johor kelihatan . Kedengaran juga pengumuman Pilot mengarahkan Isyarat Tali Keledar supaya tidak ditanggalkan lagi buat masa ini serta semua penumpang berada ditempat duduk masing-masing sehingga ia dibenarkan semula.
Lebih kurang 45 minit selepas berlepas kami dihidangkan dengan Menu Makan Malam ( Muslim Meal ) seperimana yang telah ditempah didalam sistem Online . Saya memilih Nasi beserta sayur ,ayam serta kari manakala isteri pula memilih untuk dihidangkan roti jala beserta kari ayam ,kek, roti & keju serta yogurt . Teh & Kopi menjadi pilihan minuman beserta air sejuk (plain water ) . Dari sejak awal penerbangan mata saya tidak lari dari sentiasa melihat Papan Flight Information dari paparan belakang kerusi penumpang . Semua maklumat penerbangan ke destinasi boleh dicerap dari paparan tersebut . Paparan berupa Globe Bumi menujukkan destinasi ke destinasi negara-negara yang dilalui sepanjang penerbangan . Amat teruja juga saya apabila melihat anak panah arah Flight A380 meredah angkasa tatkala saya sedang berada diawan biru beribu kaki tingginya dikala ini. Terdetik juga dihati perasaan risau , Nyawa hanya bergantung pada engin pesawat bila jasad diterbangkan ke awan biru. Hanya Allah saja yang tahu perasaan hati . Di sepanjang penerbangan ada dikalangan penumpang yang kebanyakannya warga eropah ( mungkin orang England ) pulang ke tanahair mereka , menghabiskan masa mereka tidur & ada yang melayari filem dari paparan panel audio visual pesawat yang tersedia. Ketika penerbangan kami tiba di ruang udara India , bagai dijangka akan berlaku "Air Turbulence " yang mana pilot akan sering mamaklumkan semua penumpang agar tidak meninggal tempat duduk masing-masing & pakai tali keledar keselamatan masing-masing . Air Turbulence kali ini agak ganas & kuat sehingga mampu menggegarkan Jumbo A380 Airbus ini !! Redahan ini berlaku 2 hingga 3 minit sebelum kembali tenang. Pada ketika ini saya percaya bagi setiap penumpang akan ada rasa kerisauan dalam hati masing-masing termasuk anak-anak kapal walaupun kelihatan tenang pada diri masing-masing. Ya lahh.. Segalanya mungkin akan terjadi ... Hanya doa dihati pada Allah Swt agar semuanya selamat .
Setelah 12 jam 40 minit meredah angkasa & benua A380 Jumbo Singapore Airline , selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow , London tepat pada jam 4.45 minit pagi waktu London. Kami mendarat di Terminal 2 ,Heathrow London . Suhu tempatan pada tika ini adalah 4 celsius . Kami melepasi pemeriksaan kastam dengan kawalan yang ketat dengan pemeriksaan dokumen pasport dan bagasi . Semua penumpang tempatan akan berbaris di line yang lain manakala penumpang antarabangsa akan berbaris pada line yang telah ditetapkan . Selepas melepasi pihak berkuasa kastam kami bergerak ke lobi utama terminal dan mencari hala tuju ke Train Tube Underground London . Kami akan bergerak ke Paddington dengan menaiki Train Heathrow Express .Sebelum itu kami mengeluarkan Kad Oyster yakni kad khas untuk menaiki kenderaan awam United Kingdom . Kami memeriksa baki kad dan top up sejumlah wang sebagai tambang bagi perjalanan Heathtrow Express menuju Paddington .Setelah 15 minit menaiki train berkenaan kami tiba di stesen Tube Underground London Paddington yang mana tempat penginapan dan tempahan hotel telahpun dibuat beberapa bulan sebelum tarikh perjalanan . Dalam suhu 3 Celsius dengan kedinginan Winter London kami menolak Bagasi masing-masing ( 2 Beg yang agak berat ) brsama sebuah beg galas belakang dan sebuah beg kabin 7kg . Kami menginap di Hotel Linden House Paddington berhampiran Sussex Garden selama 5 malam mulai tarikh 11 Januari 2023 hingga 16 Jan 2023 . Tempahan hotel telah dibuat lebih awal lagi . mengikut harga bidaan semasa tempahan dibuat. Untuk pengetahuan semua struktur binaan hotel-hotel penginapan di metropolitan London hampir semuanya sama hanya servis dan lokasinya sahaja berbeza-beza mengikut pengusaha masing-masing. Struktur bangunan kolonial yang bercat serba putih telah menjadi "trademark" kepada Kotaraya London , dengan British Design .
View sebegini hanya terdapat di England sahaja dan tidak di tempat-tempat lain . Semasa dikaunter hotel pada jam 10.00 pagi kami mula mendaftar masuk dengan menunjukkan salinan tempahan dari agoda.com . Kami masih tidak dibenarkan check in hotel ( masuk bilik ) pada waktu itu . Kami hanya dibenarkan menyimpan bagasi buat sementara waktu bilik stor hotel berkenaan sehingga tiba masanya. Selepas menyimpan semua bagasi berat ( yang penuh dengan bekalan , peralatan peribadi dan pakaian musim sejuk ) kami keluar bersiar-siar dulu menapak mencari lokasi untuk bersarapan pagi . Sudah menjadi lumrah tekak orang Malaysia yang dahagakan sarapan teh tarik & nasi lemak pagi-pagi. Kami menapak berjalan kaki menuju ke Restoran Putera Puteri London yang terletak di Queensway ,yang jaraknya lebih kurang 2 km dari Paddington . Putera Puteri menyambut kahadiran kami dengan senyuman pagi. Seorang pelayan ( budak melayu kita ) dipercayai seorang pelajar di pusat pengajian tinggi di sekitar London , mengambil order kami . Apa lagi....Order teh tarik dan nasi lemak London laaa...sejuk-sejuk ni....hahaha...juga terdapat menu roti canai serta beberapa jenis kuih mueh tradisional malaysia. Harga yang tertera pada cetakan bil diatas meja adalah 26 pound sterling bersamaan Rm 130 . Orang kata kalau nak makan luar kat Kota London atau mana-mana negara eropah jangan convert jadi RM , kalau tidak....kita jadi makan . Apa tidaknya, kos seorang bersarapan pagi bersamaan Makan Hotel 5 * kat Malaysia .Hohoho....Hahaha..Huhuhu...makan jalaahh...jangan banyak fikir,,,,Sedap juga & berbaloi rasanya datang jauh-jauh ,dapat rasa Nasi Lemak London yang Not Bad . Sedap...!! Teh tarik kawww menambah ummpp....Setelah bersarapan kami pulang ke Paddington semula menuju ke Linden House dan kami dibenarkan untuk Check In bilik pada masa itu jugak....So kami pun mula beristerihat setelah letih jauh menerjah awan biru serta perut pun sudah kenyang dengan Nasi Lemak London ....hahaha....Beradulah Beta dengan bagasi besar yang masih bergelimpanagan.....
Jam 9 pagi 12 Januari kami mula menapak berjalan kaki menuju ke Hyde Park mengambil angin & berlegar-legar di Paddington suatu pemandanagn yang dirindui sejak sekian lama sejak covid 19 melanda dunia .Kami menaiki bas double deck London Merah dengan mengunakan Oyster Card , sekali touch pada plate detector , reduce 1.50 pound dalam kad menuju ke Parliment Square, Big Ben serta Thame River.Yang istimewanya apabila kita naik bas london adalah"ada suara orang bercakap " apabila tiba di sesuatu tempat. Suara "British Lady" yang lemak merdu bersama Slang Britishnya. Kami tiba di perkarangan Parliament Square pada pukul 11.30 pagi dengan kedinginan winter 5⁰ C .Kelihatan tersergam indah menara kemegahan ikonik London , Big Ben yang telah siap kerja-kerja pembaikan selama 4 tahun yang lalu . Untuk pengetahuan semua Big Ben telah ditutup dengan kerangka besi binaan selama 4 tahun yang lalu dengan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan yan teliti oleh kerajaan British . Kini ianya elah siap sepenuhnya dan dibuka semula . Kami meluangkan masa lebih kurang jam berlegar ,bersantai sambil bergambar berlatar belakangkan Big Ben , London Eye & Thames River serta Parliament Square serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Inilah Ikonik Kotaraya London yang major bersama-sama London Bridge . Lambang keagungan empayar penjajah British sejak beribu tahun dahulu . Kami juga menyusuri pesisir sungai Thames dalam kedinginan winter . Kelihatan begitu ramai pelancong dari seluruh pelosok dunia baik dari timur mahupun dari blok eropah sendiri . Kota London ada daya tarikannya tersendiri yang mampu membuatkan sesiapa saja terpegun dan merindui suasana 'English Classic' ini. Jalanrayanya sentiasa sibuk dengan London Bus ( Double Deck ) berwarna merah serta Taxi London yang Classic berwarna hitam seakan-akan kita sedang berada dalam set pengambaran filem klasik inggeris Indiana Jones dan disebelah bahu jalannya terpacak ikonik pondok telepon berwarna merah hati yang menyatakan secara tidak langsung ,ini lah empayar English ! Kuasa penjajah tanah melayu sejak ratusan tahun yang lalu . London juga menjadi tempat bersejarah bagi tanah melayu ( Malaysia ) pada tahun 1957 Yang Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diminta hadir di sini dan menandatangani memorandum kemerdekaan Tanah Melayu dari pihak British .
No comments:
Post a Comment