Jejak Perjalanan....

Thursday, December 20, 2012

puncak aspirasi: Jalan Tapah Cameron Highland



                 Jalan Tapah-Cameron Highland Perlu Perubahan Relevan.

 

Malaysia sebuah bumi bertuah yang kaya dengan flora dan faunanya serta keindahan alam semulajadi yang begitu indah serta amat nyaman  bagi sebuah kehidupan .Banyak sudah telah diusahakan oleh kerajaan sebelum ini terhadap sektor pelancungan negara yang mana bukan sedikit wang ringgit telah dilaburkan untuk tujuan mencantikkan pusat-pusat pelancungan diseluruh negara . Pulau Peranginan Langkawi telah berjaya meletakkan peta sebagai pusat pelancungan dunia. Selain Pulau Langkawi ,terdapat banyak lagi tempat-tempat pelancungan di  Malaysia yang mampu mengamit jutaan pelancung . Malaysia amat bertuah sekali kerana mempunyai aset semulajadi yang boleh dieksploitkan sebagai produk pelancungan negara. Selain Genting Highland yang begitu popular berkonsepkan peranginan hiburan , Tanah tinggi Cameron Highland juga mampu menjadi setaraf dengannya. Cameron Highland yang terletak di kawasan strategik sempadan Pahang dan Perak, mempunyai aset yang tidak ternilai mahalnya secara semulajadi . Sebuah kawasan tanah tinggi yang begitu sejuk dan nyaman telah menjadi pusat perladangan teh ,strawberi dan sayur-sayuran dan buah-buahan segar mampu menjadikan ia sebagai tempat yang menjadi pilihan para pelancung tempatan dan asing untuk pergi dan menikmati keindahan alam semlajadi yang nyaman dan tenang. Selain itu terdapat bangunan-bangunan ala kolonial yang  sinonim dengan namanya yakni pengasas  yang bertanggungjawab membuka kawasan ladang teh di Cameron Highland .

          Penulis memang salah seorang pelancung tetap Cameron Highlang dan amat gemarkan keunikan keadaan suasana di sana untuk bercuti dihujung minggu dari kesibukan Lembah Kelang. Pada pengamatan penulis,masih terlalu banyak peluang-peluang perniagaan dan kemajuan yang boleh dicapai atau dilaksanakan disana. Ia tidak boleh bergantung hanya kepada industri perladangan teh ,strawberi ,sayur-sayuran dan buah-buahan tapi boleh mempelbagaikan konsep-konsep lain seperti taman tema ,tempat mesyuarat pilihan, pusat-pusat konvension dan pembelajaran,taman riadah bersama keluarga dan pusat membelibelah untuk pelancung dan penduduk tempatan. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyong,manakan dapat sagunya,begitulah juga dengan dengan peluang-peluang keemasan yang sedang menanti sesiapa saja yang mampu melihatnya. Bagi penduduk setempat pula,mereka amat mengalu-alukan kedatangan para pelancung tempatan dan asing kerana dapat membuka peluang-peluang perniagaan .Tanah Rata,Brinchang serta Ringlet telah dibuka dan diteroka oleh bangsa asing dan ia juga telah berjaya dieksploit sumber kekayaan nya yang telah tersembunyi disebalik cuaca sejuk ala-ala mediterenium.Ini sudah cukup untuk kita dan sesiapa sahaja menikmat kerinduan cuaca sejuk ala-ala negara eropah.Hakikatnya ramai yang tidak sedar khazanah anugerah Illahi yang amat bernilai ini . Penulis amat percaya sekali jika khazanah bernilai ini jatuh kepada pelabur-pelabur asing khususnya dari negara jiran,meraka pasti akan membina suatu mercu tanda bertaraf dunia disana . Bab kata pepatah melayu ,’Hanya Jauhari Yang Dapat Mengenal Manikamnya’. Penulis juga amat bimbang jika ianya menjadi kenyataan . Sayang seribu kali sayang jika ianya benar-benar terjadi.Tiada yang mustahil didunia ini.Begitulah yang terjadi pada nasib Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih yang akhirnya jatuh ketangan pihak asing.

Dua buah pulau ini adalah merupakan hak milik Malaysia suatu ketika dahulu.Tetapi ianya telah menjadi sejarah.Memang pahit untuk ditelan tapi ini adalah hakikat yang perlu diterima oleh kita semua hasil dari keadaan alpa dan bersikap ‘tidak apa’. Khazanah alam yang diberikan oleh Illahi kepada kita masih belum diterokai dan dijaga sebaiknya oleh kita.Ini amat menyedihkan . Jika Pusat Peranginan Genting Highland telah diterokai oleh insan bernama Lim Goh Tong,seorang bukan bumiputra yang telah meletakkan namanya sebagai salah seorang manusia paling kaya di Malaysia. Sama wajar atau tidak ,patut atau tidak  dan adil atau tidak, maka itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh seluruh warga bumiputra di Malaysia. Siapa cepat dia dapat. Siapa berani rajin serta komited, kejayaan akan menjadi  milik mereka . Resipi ini sedikit sebanyak telah menjadi punca kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong.Beliau berjaya mengubah lanskap tanah tinggi di Genting Highland menjadi pusat pelancungan terkenal di Malaysia dan antara pusat hiburan dan pelancungan bertaraf dunia.

 

              Jika kita perhatikan pembangunan dan keadaan jalan di Genting Sempah menuju ke Genting Highland , walaupun agak curam cerunnya tapi keadaan jalan yang boleh dikatakan selesa untuk dipandu untuk ke puncak Genting. Ini mengambarkan jalan berkenaan telah diselenggara dan dijaga dengan baik oleh pihak-pihak tertentu. Samada pihak JKR atau pihak Pembangunan Kumpulan Genting ,sama –sama memberi perhatian yang serius .Persoalannya kenapa? Jika anda memandu dari permulaan persimpangan Tapah ke Cameron Highland dan terus menuju ke puncak gunung Brinchang melalui sebelum itu Ringlet dan Tanah Rata, anda akan dapati ‘kenikmatan yang amat sangat’ dan ‘keselesaan yang amat sangat’. Penulis sukar hendak nyatakan disini dan hendak berkongsi pendapat dan persoalan dengan pembaca . Penulis merupakan pelancung tetap tempatan yang sering bercuti ke sana untuk lari dari kesibukan hiruk pikuk serta kehangatan  metropolitan Kuala Lumpur.Dari pengamatan dan pengalaman penulis, Jalan Tapah menuju ke Cameron Highland amat memerlukan perubahan relevan dengan masa dan ia menuntut pembelaan oleh pihak-pihak yang berkaitan samada diperingkat  kerajaan negeri mahupun pusat. Suatu transfomasi perlu dilakukan terhadap jalan tersebut. Dengan jarak lebih kurang 50km dari tapah ke Gunung Brinchang,kerajaan harus membuat pelaburan jangka panjang membabitkan kerajaan negeri Pahang ,Perak dan Persekutuan . Ini membabitkan industri pelancungan negara maka penting dan berbaloi jika ia diambil tindakan yang sewajarnya.

          Dengan keindahan dan kesegaran cuaca dingin dan sejuk ala-ala meditereniun di sana sudah cukup menjadi aset penting negara amnya dan negeri Pahang khususnya.Dengan ladang teh yang melaut serta stawberi dan sayur-sayuran segar antara produk popular Cameron Highland . Terdapat 2 pemain utama ladang teh disana ,Cameron Bharat dan Boh Plantation,kedua-duanya adalah pelabur bkan bumiputra yang telah mengaut hasil dari bumi bertuah ini. Persoalannya disini tidakkah kita rasa ada lagikah produk-produk yang lain yang boleh dijadikan produk pelancungan Cameron Highland ? Jika berfikiran kritis dan kreatif rasanya tidak salah jika penulis lontarkan idea ini untuk dikongsi bersama. Jika Cameron Highland mempunyai pusat hiburan negara seperti ala Hollywood, taman tema air, zon belibelah bebas cukai ,pusat konvensyen dan mesyuarat untuk kegunaan eksekutif dan am kepada sesiapa yang ingin bermesyuarat sambil bercuti menikmati kedinginan dan kesegaran cuaca sejuk disana. Pada pendapat penulis ,RTM yakni badan hiburan dan media kerajaan boleh memilih Cameron Highland sebagai hab baru untuk melakukan transformasi kerajaan dengan memberi input dan nafas baru kepada kerajaan khususnya RTM dan bersaing dengan badan media komesial yang lain. Kerajaan harus melabur untuk bersaing dengan swasta .Ini akan member kesan jangkan panjang kepada badan media kerajaan itu.

 


No comments:

Post a Comment

TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA  ( London , United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye') 10 Januari, s...