Jejak Perjalanan....

Saturday, April 1, 2023





TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA 

(London,United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye')

10 Januari, selasa , 2023 menjadi satu lagi detik bersejarah dalam diari kehidupan saya. Suatu catatan perjalanan baru telah tercipta. Terjahan jarak jauh menerobos sempadan diri . Satu illtenari perjalanan travelog secara back packer @ DIY telah disusun khas , rapi serta komprehensif dengan tujuan sekali lagi menakluk bumi Eropah , Balkan serta sebahagian Eropah Timur . SQ125 Singapore Airline , telah memulakan langkah saya bersama isteri bergerak melalui Terminal M ,  KLIA pada jam 8.30 malam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sebagai destinasi transit sebelum menuju ke Heathtrow Airport London . 

            Kami tiba di Changi Airport tepat jam 8.30 malam Terminal 3 menuju ke Gate A 9 & A10 sehingga jam 11.45 malam sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan dengan pesawat SQ 322 Airbus A380 Jumbo Singapore Airlines ke London-LHR untuk pelepasan .Kami dibenarkan menaiki pesawat mulai jam 10:30 malam setelah pintu gate dibuka serta check in dokumentasi dijalankan . Untuk bagasi kabin pula tiada sebarang masalah disebabkan ianya telah diuruskan oleh pihak syarikat penerbangan dari KLIA lagi . Hanya Self Luggage 7 Kg beserta barangan peribadi yang dibawa naik bersama keatas pesawat ,perlu diuruskan sendiri. Tepat jam 11:45 minit malam , SQ322 A380 Jumbo menerjah ke awan Changi Airport bersama deruan Engin Super Jumbo yang menakjubkan . Terjahan ke langit Singapura menuju ke Selat Melaka bermula dengan ketiggian yang masih boleh diintai dari tingkap pesawat. Hanya kerlipan lampu Bandaraya Singapura merentas Tambak Johor kelihatan . Kedengaran juga pengumuman Pilot mengarahkan Isyarat Tali Keledar supaya tidak ditanggalkan lagi buat masa ini serta semua penumpang berada ditempat duduk masing-masing sehingga ia dibenarkan semula. 

         Lebih kurang 45 minit selepas berlepas kami dihidangkan dengan Menu Makan Malam ( Muslim Meal ) seperimana yang telah ditempah didalam sistem Online . Saya memilih Nasi beserta sayur ,ayam serta kari manakala isteri pula memilih untuk dihidangkan roti jala beserta kari ayam ,kek, roti & keju serta yogurt . Teh & Kopi menjadi pilihan minuman beserta air sejuk (plain water ) . Dari sejak awal penerbangan mata saya tidak lari dari sentiasa melihat Papan Flight Information dari paparan belakang kerusi penumpang . Semua maklumat penerbangan ke destinasi boleh dicerap dari paparan tersebut . Paparan berupa Globe Bumi menujukkan destinasi ke destinasi negara-negara yang dilalui sepanjang penerbangan . Amat teruja juga saya apabila melihat anak panah arah Flight A380 meredah angkasa tatkala saya sedang berada diawan biru beribu kaki tingginya dikala ini. Terdetik juga dihati perasaan risau , Nyawa hanya bergantung pada engin pesawat bila jasad diterbangkan ke awan biru. Hanya Allah saja yang tahu perasaan hati . Di sepanjang penerbangan ada dikalangan penumpang yang kebanyakannya warga eropah ( mungkin orang England ) pulang ke tanahair mereka , menghabiskan masa mereka tidur & ada yang melayari filem dari paparan panel audio visual pesawat yang tersedia. Ketika penerbangan kami tiba di ruang udara India , bagai dijangka akan berlaku "Air Turbulence " yang mana pilot akan sering mamaklumkan semua penumpang agar tidak meninggal tempat duduk masing-masing & pakai tali keledar keselamatan masing-masing . Air Turbulence kali ini agak ganas & kuat sehingga mampu menggegarkan Jumbo A380 Airbus ini !! Redahan ini berlaku 2 hingga 3 minit sebelum kembali tenang. Pada ketika ini saya percaya bagi setiap penumpang akan ada rasa kerisauan dalam hati masing-masing termasuk anak-anak kapal walaupun kelihatan tenang pada diri masing-masing. Ya lahh.. Segalanya mungkin akan terjadi ... Hanya doa dihati pada Allah Swt agar semuanya selamat . 




Setelah 12 jam 40 minit meredah angkasa & benua A380 Jumbo Singapore Airline , selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow , London tepat pada jam 4.45 minit pagi waktu London. Kami mendarat di Terminal 2 ,Heathrow London . Suhu tempatan pada tika ini adalah 4 celsius . Kami melepasi pemeriksaan kastam dengan kawalan yang ketat dengan pemeriksaan dokumen pasport dan bagasi . Semua penumpang tempatan akan berbaris di line yang lain manakala penumpang antarabangsa akan berbaris pada line yang telah ditetapkan . Selepas melepasi pihak berkuasa kastam kami bergerak ke lobi utama terminal dan mencari hala tuju ke Train Tube Underground London . Kami akan bergerak ke Paddington dengan menaiki Train Heathrow Express .Sebelum itu kami mengeluarkan Kad Oyster yakni kad khas untuk menaiki kenderaan awam United Kingdom . Kami memeriksa baki kad dan top up sejumlah wang sebagai tambang bagi perjalanan Heathtrow Express menuju Paddington .Setelah 15 minit menaiki train berkenaan kami tiba di stesen Tube Underground London Paddington yang mana tempat penginapan dan tempahan hotel telahpun dibuat beberapa bulan sebelum tarikh perjalanan . Dalam suhu 3 Celsius dengan kedinginan Winter London kami menolak Bagasi masing-masing ( 2 Beg yang agak berat ) brsama sebuah beg galas belakang dan sebuah beg kabin 7kg . Kami menginap di Hotel Linden House Paddington berhampiran Sussex Garden selama 5 malam mulai tarikh 11 Januari 2023 hingga 16 Jan 2023 . Tempahan hotel telah dibuat lebih awal lagi . mengikut harga bidaan semasa tempahan dibuat. Untuk pengetahuan semua struktur binaan hotel-hotel penginapan di metropolitan London hampir semuanya sama hanya servis dan lokasinya sahaja berbeza-beza mengikut pengusaha masing-masing. Struktur bangunan kolonial yang bercat serba putih telah menjadi "trademark" kepada Kotaraya London , dengan British Design . 

             View sebegini hanya terdapat di England sahaja dan tidak di tempat-tempat lain . Semasa dikaunter hotel pada jam 10.00 pagi kami mula mendaftar masuk dengan menunjukkan salinan tempahan dari agoda.com . Kami masih tidak dibenarkan check in hotel ( masuk bilik ) pada waktu itu . Kami hanya dibenarkan menyimpan bagasi buat sementara waktu bilik stor hotel berkenaan sehingga tiba masanya. Selepas menyimpan semua bagasi berat ( yang penuh dengan bekalan , peralatan peribadi dan pakaian musim sejuk ) kami keluar bersiar-siar dulu menapak mencari lokasi untuk bersarapan pagi . Sudah menjadi lumrah tekak orang Malaysia yang dahagakan sarapan teh tarik & nasi lemak pagi-pagi. Kami menapak berjalan kaki  menuju ke Restoran Putera Puteri London yang terletak di Queensway ,yang jaraknya lebih kurang 2 km dari  Paddington . Putera Puteri menyambut kahadiran kami dengan senyuman pagi. Seorang pelayan ( budak melayu kita ) dipercayai seorang pelajar di pusat pengajian tinggi di sekitar London , mengambil order kami . Apa lagi....Order teh tarik dan nasi lemak London laaa...sejuk-sejuk ni....hahaha...juga terdapat menu roti canai serta beberapa jenis kuih mueh tradisional malaysia. Harga yang tertera pada cetakan bil diatas meja adalah 26 pound sterling  bersamaan Rm 130 . Orang kata kalau nak makan luar kat Kota London atau mana-mana negara eropah jangan convert jadi RM , kalau tidak....kita jadi makan . Apa tidaknya, kos seorang bersarapan pagi bersamaan Makan Hotel 5 * kat Malaysia .Hohoho....Hahaha..Huhuhu...makan jalaahh...jangan banyak fikir,,,,Sedap juga & berbaloi rasanya datang jauh-jauh ,dapat rasa Nasi Lemak London yang Not Bad . Sedap...!! Teh tarik kawww menambah ummpp....Setelah bersarapan kami pulang ke Paddington semula menuju ke Linden House dan kami dibenarkan untuk Check In bilik pada masa itu jugak....So kami pun mula beristerihat setelah letih jauh menerjah awan biru serta perut pun sudah kenyang dengan Nasi Lemak London ....hahaha....Beradulah Beta dengan bagasi besar yang masih bergelimpanagan.....

Jam 9 pagi 12 Januari  kami mula menapak berjalan kaki menuju ke Hyde Park mengambil angin & berlegar-legar di Paddington suatu pemandanagn yang dirindui sejak sekian lama sejak covid 19 melanda dunia .Kami menaiki bas double deck London Merah  dengan mengunakan Oyster Card , sekali touch pada plate detector , reduce 1.50 pound dalam kad menuju ke Parliment Square, Big Ben serta Thame River.Yang istimewanya apabila kita naik bas london adalah"ada suara orang bercakap " apabila tiba di sesuatu tempat. Suara "British Lady" yang lemak merdu bersama Slang Britishnya. Kami tiba di perkarangan Parliament Square pada pukul 11.30 pagi dengan kedinginan winter 5⁰ C .Kelihatan tersergam indah menara kemegahan ikonik London , Big Ben yang telah siap kerja-kerja pembaikan selama 4 tahun yang lalu . Untuk pengetahuan semua Big Ben telah ditutup dengan kerangka besi binaan selama 4 tahun yang lalu dengan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan yan teliti oleh kerajaan British . Kini ianya elah siap sepenuhnya dan dibuka semula . Kami meluangkan masa lebih kurang jam berlegar ,bersantai sambil bergambar berlatar belakangkan Big Ben , London Eye & Thames River serta Parliament Square serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Inilah Ikonik Kotaraya London yang major bersama-sama London Bridge . Lambang keagungan empayar penjajah British sejak beribu tahun dahulu . Kami juga menyusuri pesisir sungai Thames dalam kedinginan winter . Kelihatan begitu ramai pelancong dari seluruh pelosok dunia baik dari timur mahupun dari blok eropah sendiri . Kota London ada daya tarikannya tersendiri yang mampu membuatkan sesiapa saja terpegun dan merindui suasana 'English Classic' ini. Jalanrayanya sentiasa sibuk dengan London Bus ( Double Deck ) berwarna merah serta Taxi London yang Classic berwarna hitam seakan-akan kita sedang berada dalam set pengambaran filem klasik inggeris Indiana Jones dan disebelah bahu jalannya terpacak ikonik pondok telepon berwarna merah hati yang menyatakan secara tidak langsung ,ini lah empayar English ! Kuasa penjajah tanah melayu sejak ratusan tahun yang lalu . London juga menjadi tempat bersejarah bagi tanah melayu ( Malaysia ) pada tahun 1957 Yang Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diminta hadir di sini dan menandatangani memorandum kemerdekaan Tanah Melayu dari pihak British . 






Saturday, November 28, 2020

Dari Puncak Aspirasi ke Puncak Mont Blanc

Catatan Pengembara ke Geneva , Switzerland                               

   

 Tanggal 18hb Januari 2017 penulis bersama isteri bergegas  menuju ke Terminal 1 , Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dengan memandu kenderaan sendiri . Kami menuju ke Blok C Bangunan Utama untuk parkir selama 3 minggu . Jam di handphone menunjukkan 7.15 pagi sebaik tiba di sana  . Waktu Check In Kaunter Pelepasan Antarabangsa jam 8.35 pagi .Kami telah dibenarkan Check In Bagasi lebih awal disebabkan pihak MAS telah bersedia menerima kemasukan bagasi .Penerbangan kami menuju ke Terminal 4 ,Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ,London yang dijangka selama 13 jam dan waktu pelepasan 10.35 pagi . Setelah urusan bagasi selesai , kami mengambil keputusan untuk minum pagi sekadar alas perut di gerai minuman yang telah mula beroperasi jam 7.30 pagi . Saya & isteri mengorder Teh Tarik serta mee hoon goreng campur sambal tumis . Hanya bagi menyedapkan perut saja walaupun kami tahu akan ada hidangan makan ( Atas Flight ) 2 jam selepas penerbangan bermula. Kami sudah terbiasa bersarapan awal .So..mana boleh tunggu lama-lama 😋😋😅.....hahaha.. Destinasi pengembaraan kami bakal menuju ke London , Paris , Geneva Swisszerland & Puncak Mont Blanc .  
    
                Insiden Cemas Beg Hilang 😢!!! 

       Jam di handphone menunjukkan pukul 7.45 minit pagi , penulis menuju ke tandas awam  untuk "membuang apa yang patut " . Sebuah beg galas kecil kepunyaan saya berisi  Passport Perjalanan Antarabangsa , matawang asing ( Pound Sterling serta Euro ) serta sedikit barangan peribadi lain , saya telah tinggalkan pada isteri bersama-sama bagasi kecil saiz 7Kg yang dibenarkan masuk ke dalam pesawat . Satu insiden dimana beg kecil berkenaan terjatuh tanpa disedari oleh isteri saya yang beliau tidak menyangka sama sekali yang beg itu juga ada bersama-sama beliau. Kami amat-amat panik ketika menyedari insiden kehilangan beg penting berkenaan. Namun setelah pergi kembali menjejaki tempat asal dimana disyaki tertinggal , Jeng,jeng,jeng........Ada seorang hamba Allah , warga Indonesia kelihatan sedang memeluk beg milik saya dan sedang matanya mencari-cari tuan punya beg berkenaan untuk diserahkan kembali . Setelah saya mengecam dan mengesahkan beg yang beliau pegang milik saya ...apa lagi saya terus " menerkam " panik kepada beliau dan memberitahu yang beg itu kepunyaan saya yang hilang sebentar tadi. Beliau berkata, ' sayapun sedang mencari encik ' ... ' saya tahu encik dalam kesusahan '.... sambil menyerahkan kembali beg berkenaan.Saya memeriksa seketika ....Memang sah ...tiada satu pun yang hilang....Pemuda Indonesia berkenaan amat-amat amanah.Bagi penilaian saya , beliau mempunyai nilai-nilai murni . Saya secara peribadi amat kagum dengam beliau yang mana dalam beg berkenaan bukan saja ada  Passport malah sejumlah matawang asing ( Pound Sterling & Euro ).Saya kagum dengan sifat amanah beliau. Kalau tidak ...😪😪Syukur bagi Allah.....🙏 Satu cabaran & dugaan buat permulaan perjalanan saya .......Signal bagi diri saya ..... Berhati-hati ditempat orang ........Saya ingat & pegang ....✋
 


       Setelah 13 jam meredah benua di udara , dengan pesawat MH001 MAS Airbus 380 , kami selamat mendarat di Terminal 4 , Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London pada jam 6.30 pagi waktu London . Dibawah suhu 5 Celcius dalam kesejukan winter London , kami diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan Passport Emigresen London untuk pelepasan Pihak Berkuasa Border United Kingdom . Setelah selesai urusan kami berjaya melepasi border UK London dengan pemeriksaan dokumentasi ketat . Kami menuju ke Pintu Utama Exit bagi dapatkan Teksi London menuju ke Paddington di mana hotel tempahan melalui Agoda.com secara online. Kami  menginap di Hotel Brunel , Craven Road , berhampiran  Paddington Tube London . Craven Road juga terletak bersebelahan Praed Street di mana terdapat banyak kedai-kedai serta pasaraya , KFC serta McD & kedai-kedai sorvenier . Kami check-in hotel berkenaan bagi hari yang sama 18hb Januari 2017 serta beristirehat setelah meredah perjalanan jauh Malaysia -UK . Kami juga sempat keluar bersiar-siar bagi suai kenal suasana malam London dengan makan malam di Restoran Malaysia Tuk Din juga terletak berhadapan Hotel Brunel . Terasa macam berada di Malaysia pulak apabila dapat makan malam Nasi Goreng Kampung Teloq Mata . Haha😋             

           
          Pada 19 hb Januari Khamis ( Day  1 ) penulis bersama isteri masih berada di Kota London serta bersiar-siar ' salam perkenalan ' lebih jauh sedikit untuk sampai ke tempat-tempat lejen Hyde Park, Norfolk Square , Piccadaly Circus , Oxford Street, Trafalgar Square serta Kensington Palace . Seharian juga kami melepaskan " geram " di Kota London !! Day 2 ( Jumaat ) seawal jam 6.00 pagi kami bergegas menaiki Bas Merah Double Deck menuju ke Stesen Keretapi Antarabangsa St. Pancras . menuju ke Paris . Stesen Saint Pancras juga terletak bersebelahan dengan satu lagi stesen Keretapi Antarabangsa King Cross menuju ke bandar-bandar eropah yang lain Belgium , Amsterdam, Germany Frankfurt dan lain-lain. England mempunyai stesen pengangkutan awam yang amat cekap ,efisien dan reliability tinggi terhadap pengguna seantero dunia . Tidak hairanlah traveler seantero dunia memilih untuk menggunakan sistem pengangkutan awam yang murah serta eficien untuk ke destinasi mereka. Speed Train Eurostar pilihan kami . Tempahan tiket juga melalui online , murah dan amat cekap . Ada satu lagi train (TGV Laira ) juga merupakan speed train yang menjadi pilihan penguna . Buka saja google dan search . Senang saja . Speed Train ini meredah Selat Inggeris melalui bawah laut dan muncul kembali ke darat menembusi bumi negara Perancis . 




       Setelah 3 jam kami tiba di stesen keretapi Gare du Nord , Paris antara jam 3.00 petang . Pada musim winter kebanyakan negara eropah bergelap lebih awal . 4.30 petang seakan 7.30 waktu Malaysia . Setelah keluar dari stesen Gare du Nord kami singgah sebentar di kedai arab . Kedai ini menjual Kebab Halal ala-ala kcf . kecil saja saiz kedainya tapi amat praktikal bagi pengunjung beragama Islam . Harga bagi 2 biji Kebab bersama 1 pack medium kentang bersama 2 minuman tin lemon ais hanya 7.50 Euro . Kami menginap di salah sebuah hotel di sekitar stesen Gare du Nord , Paris selama 2 malam  . Pada hari keempat ( Day 4 ) kami bergegas ke sebuah lagi stesen keretapi antarabangsa Gare de Lyon ,Paris yang mana Gare de Lyon ini adalah stesen keretapi yang menuju ke Switzerland . Suhu pagi Ahad 21hb Januari mencatat 0 darjah celcius . Memang mengigil kami dibuatnya . Di bawah suhu beku ini juga kami redah untuk ke Geneva Cornavin Railway Station . Setiba di Geneva hati saya kaku seketika . Geneva , Switzerland ...Satu jenama besar , terkenal dan gah ...seantero dunia ...











        Disini juga terletaknya ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) Badan Dunia yang amat berpengaruh . Hati kecilku skali lagi sebak menangis 😢 tanda teramat-amat bangga & gembira berjaya menjejakkan kaki juga ke sini . Saya sedar , bukan calang-calang orang yang akan jejaki bumi Geneva ini . Amat bertuahnya saya ....Syukur ke Hadrat Allah SWT...Kami menginap di Excelsior Hotel , di bandar Geneva. Kami tiba jam 3.30 petang dan pada waktu ini hari semakin gelap sebab disini malamnya bermula pada jam 4.30 petang . Di hotel kami buka pack Brahim yang dibawa serta minuman 3 in 1 Nescafe @ Milo . Apa lagi ditengah-tengah kesejukan bawah 0 darjah Celcius ... Kami pekena Nescafe Panazzz berasapp ....Cicah dengan Biskut Cracker Hup Seng  sambil dicicah dengan Kari Daging Brahim ....Slurrrppppp.....Tangkap leleh bibbb...




          Hari Ke 6 kami berlegar-legar di bandar Geneva sambil berposing gambar.... Deruan angin di bandar ini bagaikan angin salji . Telinga akan terasa menebal jika sekali angin bertiup dari pergunungan ais Banjaran Alps dari arah timur laut Switzerland . Kami sempat membuat lawatan ke Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) . Kelihatan kawalan amat ketat sekali . Inilah lokasi apabila menonton televesyen Dunia Jam 10 . Pembaca berita sewaktu saya remaja dahulu Allahyarham  Farid Ismit Emir amat sinonim dengan satu itonasi bacaan  apabila beliau mengupaskan berita-berita mengenai hal ehwal PBB . Saya terpaku sekali lagi ke arah bendera-bendera PBB . Dalam hati kecil berkata ...Betulkah aku sedang berada di PBB....Jawabnya ...Ya...aku sememangnya telah berjaya sampai ke Puncak Aspirasi PBB.... 🙌





       
       Hari ke-7 seawal jam 7.00 pagi kami bergegas ke stesen bas Central Geneva yang mana kami telah menempah kenderaan dari Viator.com untuk ke destinasi Pergunungan Alp ....Mont Blanc ...!! Sebuah bas pelancongan khas kecil dari Syarikat Viator telah membawa kami ke sana . Mont Blanc ( Atau Gunung Putih ) terletak di pergunungan Banjaran Alps merupakan Puncak Gunung Tertinggi di Eropah . Mont Blanc telah menjadi satu jenama barangan terkenal seperti Beg,Jam Tangan , Pen dan lain-lain disebabkan ciri-cirinya yang yang bersifat pioneer prestgious . Setelah lebih kurang 2 jam menaiki bas memanjat pergunungan Alps , kami tiba di kaki gunung Mont ,  Chamonix Mont Blanc L'Aiguille du Midi . Chamonix secara geografinya terletak di sebelah sempadan Perancis , bukan Switzerland . Ia disebabkan kedudukan geografi banjaran Alps itu sendiri yang agak tektikal & unik . Chamonix merupakan sebuah " bandar ais " di kaki gunung Mont Blanc . Dari kaki gunung L'Aigulle du Midi kaki menaiki Cable Car untuk panjat menyusuri pergunungan ais dibawah suhu beku . Cantiknya suasa ...Allah saja yang tahu 





  ....Pesona yang tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata. Amat - amat menakjubkan . Didalam kable car , kami ada debaran tersendiri. Macam-macam bermain dibenak fikiran kami . Kami bakal menawan Puncak Tertinggi Di Eropah & ketiga tertinggi di dunia. Akhirnya ... Kami tiba di Puncak Aspirasi ..... Mont Blanco .....💪🙋









     Di puncak Mont Blanc kadar oksigen tidak sama seperti biasa . Kadar oksigen adalah 60% saja dari biasa yang kita sedut secara normal . Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan perbezaan ini akan ' Tercunggap-cunggap . Bagi sesiapa yang ada penyakit asma...sememangnya Tidak Competent  untuk berada di sini . Panoramanya amat-amat mengagumkan. Tiada pernah dalam sejarah hidup saya berada dalam panorama alam yang sebegini indah . Tidak hairanlah jika seantero dunia mengatakan bahwa Switzerland adalah lokasi tercantik dunia . Itu memang sahih . 












Monday, September 15, 2014

Catatan Pengembara Di Kota London



          Kota London ,United Kingdom  merupakan  kota metropolitan yang terkenal seantero dunia dan ingin dilawati oleh sesiapa saja yang cintakan pengembaraan dan pelancongan  berprestig  tinggi . Ia juga sebuah kota yang unik dan antara yang paling mahal untuk dilawati . Pelancong  serta pengembara diserata dunia tidak akan lengkap kitaran pelancongannya  jika  tidak menjadinya suatu destinasi . Kota yang sarat dengan   kisah serta tugu atau ikon Kota London yang mampu menarik sesiapa jua diseluruh  pelosok dunia ke sana. Itulah kehebatan Kota London !! . Penulis sejak dibangku persekolahan lagi telah berkenalan sedikit dengan kota kemegahan ini melalui sebuah buku yang telah menjadi inspirasi kepada penulis . ' Anak Bulan Di Kota London ' Karya Yusof Harun
,seorang wartawan yang telah berkunjung ke sana diatas tugas kewartawanan, tertarik untuk mengilhamkan dan berkongi sesuatu kepada semua melalui sebuah buku . Diatas  minat yang amat mendalam penulis telah membacanya berulangkali .
       Pada tanggal 28 April 2014 penulis  jam 11.10 pagi waktu Kuala Lumpur  penulis bersama isteri berlepas dari KLIA Sepang menaiki pesawat Boeing A380 Airbus MH0004 menuju ke   London.
Selepas 13 jam perjalanan di dalam pesawat MH0004 kami tiba di Lapangan Terbang Heathrow London pada jam 5.20 petang 28hb waktu tempatan. Sewaktu tiba kami diarah oleh  petugas imigresen London untuk melakukan check up ketibaan secara ketat tetapi bersistematik. Sewaktu sambil dalam proses check up itu mata saya agak liar memadangkan papan tanda dan maklumat awal serta pandu arah ke tempat bagasi. Saya terlihat satu skrin komputer yang memberitahu suhu semasa tempatan adalah 18 darjah Celsius . Musim di London pada waktu itu adalah Musim Spring . Selepas lebih kurang 30 minit kami sudah ke bahagian bagasi untuk tuntutan bagasi. Kami keluar dari pintu utama Lapangan Terbang Heathrow menuju ke tempat teksi .
              Kami dapati Teksi London berada untuk mengambil penumpang betul betul di hadapan pintu  utama lapangan terbang . Kami terus menempah sebuah teksi yang pemandunya adalah warga Britain ( Warga London ) . Destinasi kami adalah ke Norfolk Square dekat Paddington di dalam Wilayah Westminster . Di situ merupakan tempat di mana hotel penginapan kami ditempah. Saya menempahnya secara online di dalam akaun Agoda  2 bulan sebelum bertolak. Kami menginap di The Royal Norfolk Hotel bersebelahan stesyen Underground Paddington Tube dekat London Street.Tambang teksi London dari Lapangan Terbang Heathrow ke hotel penginapan kami adalah sekita £70 ( Pound Sterling ) bersamaan RM 385 . Masa yang diambil lebih kurang 40 minit perjalanan. Kami secara tidak langsung dibawa oleh pemandu teksi berkenaan bersiar siar menikmati pemandangan Kota London. Itu yang kami begitu teruja.      



             Setelah  sampai di hotel penginapan kami terus check-in untuk memasuki bilik . Pembantu hotel dipercayai berketurunan Afrika Selatan amat  mesra pelancong. Beliau membantu kami membawa 2 bagasi kami yang agak berat naik ke tingkat 4 hotel terbabit. Bilik penginapan kami bernombor 406 . Pada mulanya kami memang kurang selesa ditempatkan ditingkat berkenaan namun kami perlu menerima hakikat yang kami ditempatkan di situ. Kami berehat sambil mengemas dan mengeluarkan barang-barang  dari bagasi dan menyusun apa yang patut. Kami tidur selepas itu selepas keletihan perjalanan.
            Pada pagi seawal jam 5 waktu London matahari sudah mulai terbit seakan jam 7 waktu Malaysia. Selepas mandi , solat dan bersarapan sedikit dengan bekalan biskut dan roti yang dibawa sambil membuat air nescafe panas 3 in 1 yang dibawa,kami begitu teruja ingin menikmati udara dan suhu yang nyaman di Kota London yang amat dingin sekali. Kami turun ke bawah dan mula menikmati suasana dingin kota metropolitan ini. Hotel Royal Norfolk yang kami menginap terletak di London Street bersebelahan Tube Paddington Station dan Pread Street. Kami menyusuri jalan-jalan berkenaan perlahan-lahan. Seawal jam 7 pagi kami dapati berhadapan dengan Station Tube Padington kelihatan warga London berpusu-pusu berjalan keluar melalui terowong bawah tanah Station Tube Paddington menuju ke London Street untuk ke destinasi masing-masing. Mereka berjalan pada kadar yang laju. Penulis difahamkan memang telah menjadi budaya warga eropah dan England menaiki perkhidmatan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi dan mereka memang berjalan agak laju dari orang asia. Mungkin ini suatu isyarat kepada kita yang budaya mereka mengejar masa dalam kehidupan dan pekerjaan mereka. Bagi mereka masa adalah sesuatu yang amat berharga .
             Untuk pengetahuan kami menerjah ke bumi London ini secara ' Backpacker ' dan tidak berminat untuk mengambil mana-mana agensi pelancongan . Terdapat perbezaan yang ketara apabila kita mengambil agensi pelancongan dan secara ' Backpacker ' . Kelebihan dan kepuasan yang tidak ternilai dirasai apabila kami bergerak secara ' Solo ' begini. Dari segi kos kami dapat mengurangkan dan menjimatkan banyak wang sendiri . Bila kita pergi secara begini otak kita disetkan untuk cuba berfikir dan mengingati langkah-langkah yang perlu diambl, tahu jalan jalan mana yang harus dilalui dan akan mengingatinya serta menambah ilmu untuk diri sendiri apabila kita terpaksa atau memaksa diri kita untuk bertanya tentang sesuatu dan destinasi. Boleh mengasah kebolehan kita untuk berinteraksi dengan pelbagai bangsa dan menambah keyakinan diri . Kita juga tahu lebih mengenai cara cara tranksaksi sesuatu urusan . Itu semua ilmu dan pengalaman yang amat mahal untuk dipelajari dan diketahui. Amat rugi jika kita dengan sengaja 'melepaskan peluang keemasan ' itu.



            Pada pagi 29 hb itu saya bersama isteri berjalan jalan menyusuri London Street , Pread Street ,Norfolk Square , Sussex Garden dan arah kami menuju ke Hyde Park.Hajat kami untuk melawati ' Taman Sentimental ' itu kerana Hyde Park merupakan tempat di mana Puteri Diana bercinta dengan Dr Hasnat ( kekasih beliau selepas berpisah dengan Putera Charles)  dan cinta mereka berakhir. Tempat berkenaan dikatakan mempunyal nilai sentimental kepada warga Britain yang sayangkan Puteri Diana. Kami melewati pesisir Hyde Park lalu masuk ke tengah taman berkenaan . Sungguh indah dah segar sekali suasananya. Saya tidak pernah merasa keadaan segar lagi nyaman di suhu yang rendah sekitar 15 darjah celcius. Suatu pemandangan yang menakjubkan di pagi hari di Kota London . Saya bagaikan seakan tidak percaya apabila berada di situ. Sebelum ini saya membaca dan melihat gambar gambar di buku, internet dan majalah tentang suasana di taman yang indah di tengah Kota London . Dari tengah taman berkenaan kelihatan papan arah dan laluan Charity Princess Diana berserta dengan logo Princess Diana dilekatkan di tengah tenhgah jalan di dalam taman Hyde Park. Terasa amat indah sekali !.
          Kami kemudian masuk semula ke Kota London untuk mengambil Taxi London untuk ke satu lagi destinasi menarik . Taxi London memang unik sekali. Ia merupakan sebuah kereta sedan ala-ala kereta antik zaman silam. Model kereta yang amat jarang didapati di mana-mana pun. Itulah keunikan dan juga salah satu ikon kota London.Kami menuju ke Buckingham Palace di mana terletaknya sebuah istana berprestiq keluarga Diraja Britain yakni Putera Charles dan isteri beliau bersama Putera Harry dan isterinya Kate Middleton.Kami berhenti betul-betul dihadapan istana berkenaan. Kelihatan begitu ramai para pelancong dari serata dunia yang turut berkunjung ke sana.
Kami begitu teruja apabila melihat satu deretan tentera berkuda dari istana dalam perjalanan keluar secara perlahan-lahan diiringi dengan paluan muzik orchestra dari tentera istana berkenaan.
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar dan berposing seketika dihadapan istana kemegahan dunia itu !.Istana ini juga merupakan salah satu ikon Kota London.Kami sempat mengambil beberapa foto tentera berkuda dengan orkestranya. Kelihatan rama pelancong juga turut membuat perkara yang sama. Kami teruskan perjalanan menyusuri Hyde Park dan berehat seketika sambil menikmati pemandangan indah itu.
          Kami kemudiannya pulang ke arah hotel penginapan kami dengan berpandukan Map Google dari Tab kami. Kami cuma berjalan kaki kali ini untuk pulang sebab rupanya jarak dari Hyde Park ke  Buckingham Palace tidak berapa jauh . Hotel penginapan kami juga bersebelahan dengan Pread Street ,London Street dan Edgware Road serta bersebelahan Norfolk Square.Kami terus naik ke bilik dan beristirehat sambil menikmati makan tengahari ala-ala kadar ' back packer' stlye.Hahahaha....
          Pada keesokan harinya dibawah suhu 10 darjah Celcius kami mula menapak ke kedai berhampiran untuk mendapatkan membeli Kad Oyster yang mana kad ini digunakan untuk menaiki bas merah 'double deck' London yang menjadi salah satu ikon pelancungan kota London. Harga kad ini 5 pound sekeping dan harga topup 5,10,15,20 dan 50 pound .Kami memilih sebagai permulaan untuk melanggan 10 pound dahulu . Untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi sehala di sekitar London kadar tambang yang dikenakan adalah 1.50 pound dikurangkan dari kad Oyster berkenaan. Kami menaiki Bas Double Deck di hadapan London Street bersebelahan Pread Street menuju ke London Bridge ,Big Ben dan pesisir Sungai Thames. Tempoh perjalanan bas lebih kurang 25 minit dari hotel kami. Kami amat teruja sekali apabila sampai dihadapan  bangunan jam tinggi keemasan tersergam indah dipersisir Sungai Thames yang dinamakan 'Big Ben' . Inilah salah satu mercu tanda kemegahan Kota London yang berabad lamanya . Kelihatan juga disebelah kiri bertentangannya adalah 'London Eye' yang tersergam indah gelungan buaian gergasi . Kami seolah-olah tidak percaya yang perjalanan kami menuju ke puncak aspirasi kami sudah berjaya dicapai !! Haaaaaaa.......Seronoknya......
        
          London Bridge 

Kami terus menyusuri pesisir Sungai Thames menghala ke barat daya kota London . Di dalam peta tangan serta google map menunjukkan halatuju menuju ke London Bridge . Kami memilih untuk berjalan kaki walaupun ianya agak jauh dari Parliament Square, Big Ben  dan Eye of London . Di bawah suhu petisejuk 2 hingga 8 darjah celcius dengan pakaian kot ala kadar kami , berjalan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan indah pesisir kota London , kami dihidangkan dengan pelbagai hiburan jalanan bersama bakat-bakat yang luar biasa warga london serta ada yang dari merata dunia yang berhijrah mencari peluang kehidupan di England . 30 minit berjalan melalui Waterloo kami telah nampak kelibat London Bridge dari jauh mengikut selekoh alur Sungai Thames . Kami tidak gunakan apa-apa khidmat travel agensi untuk mencapai misi. segalanya hanya berbekal usaha ,semangat, keringat &inisiatif sendiri. Akhirnya kami dihidangkan dengan tersergam indah Jambatan Historical London , London Bridge yang penuh dengan kemegahan sejarah silam . Seantero dunia mengaguminya . Satu destinasi wajib bagi sesiapa saja yang menjejaki bumi England ini. Tunggu apa lagi ...Saya & isteri rakus mengambil gambar dari segenap sudut . Mata saya tertumpu pada senibina zaman silam yang begitu continental & klasikal British Design . Sebak rasa dihati saya dalam diam sebab tidak percaya saya sudahpun berjaya mencapai impian saya secara peribadi untuk " Berhadapan " dengan kekaguman ini. Kalau dulu hanya melihat dalam majalah,buku serta filem-filem Hollywood tapi sekarang sedang tersergam di depan mata. Hati kecil menangis  Kagum !! Amat kagum ... Penulis rasa sudah mencapai Puncak Aspirasi yang ditujui . This is my Peaks Aspiration ...Actually ... 



                      

Monday, July 7, 2014

10 sebab Malaysia Airline System ( MAS ) tidak seharusnya dilelong.


MAS tidak seharusnya dilelong atau dibiarkan muflis sebab :

1. MAS telah diilhamkan oleh Tun Dr Ismail kepada Tun Abd Razak ....Suatu Idea orang Melayu

2. MAS mula ditubuhkan sebagai Syarikat Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk kepentingan negara serta membangunkan negara sejak awal merdeka sehingga menjadi kaya raya.

3. MAS menjalankan tanggungjawap sosial untuk negara tanpa memikirkan sangat polisi untung rugi
sejak dari awal penubuhannya.

4. MAS telah banyak berjasa pada negara dengan berfungsi sebagai ' Tangan Malaysia ' untuk menjadi maju.

5. MAS menjalankan penerbangan diplomatik atas 'Arahan' kepimpinan negara serta pentadbiran
pusat

6. Seharusnya MAS dibantu oleh kerajaan sebab MAS telah membawa kejayaan dan kekayaan pada kerajaan serta Malaysia.

7. Tidak adil jika MAS dibiarkan atau kerajaan cuba bertindak ' Mencuci Tangan ' selepas Malaysia menjadi maju dan berjaya .

8. MAS tidak boleh batalkan atau lupuskan destinasi ke negara negara atau laluan yang tidak
menguntungkan atas sebab kepentingan diplomatik kepada negara tidak seperti Airasia atau Malindo Air.

9 MAS adalah pusaka peninggalan kepimpinan Melayu Malaysia terdahulu dan seharusnya dijaga dan dipelihara.

10. Operasi MAS bersifat Nasionalisma bukan Kapitalisma .












Thursday, June 26, 2014

Perkhidmatan Awam Tamat Jam 3 Sempena Ramadhan

     
                            Perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada kerajaan Malaysia bagi memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat amnya. Kemajuan dan hala tuju negara bergantung kepada mekanisma perkhidmatan awam yang efisien ,produktif dan profesional. Tanpa perkhidmatan awam yang efisien ,kerajaan sukar menggorak langkah kearah memajukan negara seperti yang di rancang. Pertumbuhan ekonomi negara berkadar terus dengan kecekapan perkhidmatan awam . Walaupun banyak cabaran dan halangan yang harus dilalui oleh kerajaan dan kakitangannya namun begitu  kebertanggungjawaban kepada rakyat telah dijadikan keutamaan. Komitmen yang tinggi ini telah menjadikan slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ' .
                         Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Teraju segala bulan dalam kalendar Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan mukjizat. Namun begitu di Malaysia yang majoritinya umat Islam, sambutan bulan Ramadhan ini agak tersasar dari maksud sebenar penghayatan Ramadhan. Secara realitinya umat Islam di Malaysia seakan tidak mempedulikan maksud sebenar penghayatan kedatangan bulan yang mulia ini. Secara realitinya di negara kita telah terjadi satu fenomena yang mana bulan ini menjadi satu ' bulan perayaan menjual pelbagai jenis makanan ' dan bulan menjamu selera dimalam hari semahu mahunya. Tren kos pada bulan ini melebihi bulan bulan yang biasa. Aneh juga . Di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru,Pulau Pinang serta bandar-bandar di seluruh  negara  sudah  menjadi lumrah , tren kesesakan jalanraya disebelah petang sehingga  waktu awal malam ( Selepas waktu solat maghrib ) sangat serius. Semua pemandu menjadi buntu dengan keadaan yang berlaku. Apa tidaknya, mereka berkejar untuk pulang ke rumah seawal yang mungkin tetapi sukar. Kebanyakan warga kota tidak dapat berbuka atau menyediakan juadah berbuka puasa pada keluarga dengan sempurna akibat kesuntukan masa yang amat sangat !. Ini amat serius terutama bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
                  Seperti yang semua sedia maklum bulan Ramadhan adalah bulan yang mendapat keberkatan yang lebih apabila umatnya menunaikan apa jua ibadah samada yang wajib mahupun
sunat. Bagi golongan pekerja khususnya di Kuala Lumpur mereka berhadapan dengan ibadah yang
tidak berapa sempurna di bulan Ramadhan akibat dengan pelbagai tuntutan organisasi ,keluarga ,masyarakat dan juga agama. Semunya memerlukan komitmen dari golongan pekerja .Keadaan keletihan,mengantuk,kurang produktiviti serta keadaan stress jua berlaku. Ini boleh kita lihat daripengamatan kita secara mata kasar. Ini belum lagi keadaan seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
                  Semua pekerja ( Umat Islam ) seakan bekejar kejaran melakukan persediaan untuk menyambut Hari Lebaran. Masa dan keadaan fizikal pekerja menjadi menjadi lintang pukang !.Satu persoalan yang ingin penulis lontarkan pada semua secara ikhlas. Sempurnakah ibadah kita pada bulan Ramadhan yang penuh dengan mukhjizat dan keberkatan itu ,bagi golongan pekerja awam serta swasta dengan keadaan yang kalut ini !. Bagi kakitangan awam yang tamat berkhimat jam 5.30 petang atau seawal jam 4.30 petang  , rata-rata mereka mengambil masa untuk sampai ke rumah dalam 1 jam hingga 1 setengah jam. Itu belum lagi mereka mengambil keputusan untuk singgah ke bazar Ramadhan untuk tujuan membeli juadah berbuka . Ada di kalangan mereka yang terpaksa mengambil anak di rumah pengasuh atau di tadika . Dengan keadaan fizikal yang sudah letih bekerja,berpuasa serta memandu untuk pulang ke rumah , mereka dapat sampai juga ke rumah tapi pada jam hampir dengan waktu berbuka.Ada dari kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk berbuka puasa dengan anak anak mereka di restoran-restoran atau di gerai gerai tepi jalan akibat dari kesuntukan masa. Ini lah realiti kehidupan kakitangan awam di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, PulauPinang dan lain-lain bandar . Keadaan kesesakan jalanraya di hampir kesemua bandar bandar besar.mengakibatkan ada kakitangan awam serta pekerja swasta terpaksa berbuka puasa di dalam kereta.
               Bagi yang menaiki kenderaan awam,mereka terpaksa menerima hakikat atau nasib . Jika sekiranya tiada kesesakan mereka dapat sampai ke rumah awal. Akan tetapi jika keadaan sesak teruk,mereka terpaksa menunggu tiba ke rumah mungkin selepas waktu berbuka puasa . Ini agak menyedihkan jika di lihat dari sudut psychosocial masyarakat kita. Para pekerja di tempat tempat yang dinyatakan tadi agak tertekan dengan apa yang mereka alami mereka . Justeru itu penulis beranggapan kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) , perlu melakukan suatu perubahan atau ' Tranformasi ' kearah yang lebih baik. Cadangan penulis agar kerajaan memberi kebenaran untuk Perkhidmatan Awam di Malaysia tamat seawal jam 3 bagi memberi laluan kepada kakitangan awam untuk pulang lebih awal ke rumah juga sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia  serta penuh dengan keberkatan ini. Kesan dari ' transformasi ' tersebut para pekerja sektor awam akan mempunyai masa yang cukup untuk persediaan berbuka puasa serta persediaan untuk melakukan ibadah dengan tenang ,tenteram dengan tubuh yang lebih bertenaga.
                    Suatu penghormatan di bulan Ramadhan harus diberi oleh majikan kepada pekerja mereka sebagai menandakan majikan lebih sensitif dan prihatin kepada keadaan dan situasi serta lebih berorientasikan modal insan. Modal Insan amat penting dalam organisasi. Sekiranya mereka ' dijaga ' organisasi akan mendapat impak nanti. Suatu perubahan iklim pekerjaan di Malaysia harus berlaku. Dari lebih berkonsepkan kerahan tenaga dan arahan kepada lebih berciri penyayang ,prihatin dan kesihatan mental yang baik. Negara Malaysia boleh maju dengan modal Insan yang berkualiti . Acuan modal insan yang baru perlu digarap bagi membolehkan ..........Continue....


Monday, December 2, 2013

Perlukah Langkah Pengkorporatan Perkhidmatan Kesihatan Di Malaysia ? Atau Ada Alternatif Lain ? Mengapa Begitu, Mengapa Tidak Begini ? Mungkin Konsep Wakaf Korporat Boleh Membantu Kerajaan . Tetapi Perlukan Keberanian Meneroka ? Kuasa Pemikiran Alternatif ......Mungkin......Perjalanan Seribu Batu ,Bermula Dari Langkah Yang Pertama.....

 
 Wakaf korporat merupakan satu konsep alternative bagi memberi perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Konsep baru ini harus diberi ruang agar ianya dapat dilihat dari sudut yang positif serta kebertangungjawaban.Memang tidak dapat dinafikan konsep ini amat kontra dan tidak praktikal jika dilihat dari kaca mata biasa tetapi jika dilihat dari sudut moral,sahsiah dan tanggungjawab ianya seakan sinonim dengan konsep zakat syariah Islam. Ianya berkaitan tentang konsep kebertanggunjawapan ummah atau manusia terhadap manusia lain. Tanpa mengenal warna kulit,bangsa , agama dan kedudukan taraf sosio ekonomi . Konsep wakaf korporat amat dituntut dan ianya selari dengan konsep sedekah,zakat dan tanggungjawap sosial.
 
Di Malaysia , rakyatnya sudah beransur mewah dari segala segi taraf kehidupan. Ini sudah tentu terdapat pelbagai implikasi tentang kedudukan taraf yang semakin maju . Bercakap tentang amalan pemakanan di Malaysia kita tidak dapat menafikan yang rakyat Malaysia terlebih makan . Sana sini terdapat primis makanan siang dan malam. Rakyat Malaysia makan 24 jam ! Fakta menakjubkan. Fenomena obesiti memang menjadi lumrah bagi rakyat Malaysia baik kecil mahupun besar, tua mahupun muda tidak kira apa bangsa sekalipun. Makan apa jua semahunya selagi terdaya. Hidup untuk makan telah menjadi amalan rakyat  di Malaysia . Sindrom kegemukan atau obesiti sudah menjadi lumrah dan kenyataan . Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia , terpaksa menjalankan kempen ' Nak Sihat ' bagi menyedarkan rakyat Negara ini tentang betapa pentingnya menjaga tahap kesihatan diri masing-masing dari pelbagai jenis penyakit merbahaya khususnya penyakit yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang buruk. Diabetes atau kencing manis, Darah Tinggi serta jantung adalah 3 serangkai yang merbahaya yang telah menjadi pembunuh terancang kita yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang buruk . Tubuh kita dipaksa mencerna  pelbagai makanan serta elemen elemen yang tidak diperlukan langsung oleh tubuh . Ini menyebabkan tubuh kita telah terganggu ' Ekologi ' nya. Ketidakstabilan mekanisma ekologi tubuh inilah yang menyebabkan kegagalan atau kerosakan organ-organ penting dalam tubuh .Inilah yang menjadi punca sebab musabab penyakit-penyakit seperti yang penulis nyatakan tadi berlaku .
Mencegah adalah lebih baik dari mengubatinya. Tetapi slogan ini dipandang enteng oleh kebanyakan masyarakat kita. Mungkin rakyat Malaysia telah mengalami sindrom ketagihan makan yang melampau !
Berbalik kita tentang konsep wakaf korporat dan kaitannya dengan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Banyak jenis-jenis penyakit yang kita ketahui. Ada penyakit yang di undang dan ada yang tidak di undang. Penyakit yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang buruk adalah katogeri yang di undang. Kita dapat mengawal penyakit dari dihidapi dengan melalui tatacara pemakanan yang betul dan sihat. Tetapi rakyat Malaysia memilih 'Konsep Makan Semahunya ' ! Itu yang menjadi masalah pada kerajaan dan Negara. Penulis boleh mengklasifikasikannya sebagai masalah Negara. Sungguh sadis. Sama tarafnya dengan masalah ketagihan dadah . Tetapi malangnya dadah itu juga ' sejenis makanan ' !. Bersambung......
 
 
 
 
 
 
 
      Cadangan Model Konsep Wakaf Korporat Perkhidmatan Kesihatan di Malaysia 
Malaysian 1 Care Foundation
(M1'CF) Ministry of Health
 
 

TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA  ( London , United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye') 10 Januari, s...