Jejak Perjalanan....

Monday, September 15, 2014

Catatan Pengembara Di Kota London



          Kota London ,United Kingdom  merupakan  kota metropolitan yang terkenal seantero dunia dan ingin dilawati oleh sesiapa saja yang cintakan pengembaraan dan pelancongan  berprestig  tinggi . Ia juga sebuah kota yang unik dan antara yang paling mahal untuk dilawati . Pelancong  serta pengembara diserata dunia tidak akan lengkap kitaran pelancongannya  jika  tidak menjadinya suatu destinasi . Kota yang sarat dengan   kisah serta tugu atau ikon Kota London yang mampu menarik sesiapa jua diseluruh  pelosok dunia ke sana. Itulah kehebatan Kota London !! . Penulis sejak dibangku persekolahan lagi telah berkenalan sedikit dengan kota kemegahan ini melalui sebuah buku yang telah menjadi inspirasi kepada penulis . ' Anak Bulan Di Kota London ' Karya Yusof Harun
,seorang wartawan yang telah berkunjung ke sana diatas tugas kewartawanan, tertarik untuk mengilhamkan dan berkongi sesuatu kepada semua melalui sebuah buku . Diatas  minat yang amat mendalam penulis telah membacanya berulangkali .
       Pada tanggal 28 April 2014 penulis  jam 11.10 pagi waktu Kuala Lumpur  penulis bersama isteri berlepas dari KLIA Sepang menaiki pesawat Boeing A380 Airbus MH0004 menuju ke   London.
Selepas 13 jam perjalanan di dalam pesawat MH0004 kami tiba di Lapangan Terbang Heathrow London pada jam 5.20 petang 28hb waktu tempatan. Sewaktu tiba kami diarah oleh  petugas imigresen London untuk melakukan check up ketibaan secara ketat tetapi bersistematik. Sewaktu sambil dalam proses check up itu mata saya agak liar memadangkan papan tanda dan maklumat awal serta pandu arah ke tempat bagasi. Saya terlihat satu skrin komputer yang memberitahu suhu semasa tempatan adalah 18 darjah Celsius . Musim di London pada waktu itu adalah Musim Spring . Selepas lebih kurang 30 minit kami sudah ke bahagian bagasi untuk tuntutan bagasi. Kami keluar dari pintu utama Lapangan Terbang Heathrow menuju ke tempat teksi .
              Kami dapati Teksi London berada untuk mengambil penumpang betul betul di hadapan pintu  utama lapangan terbang . Kami terus menempah sebuah teksi yang pemandunya adalah warga Britain ( Warga London ) . Destinasi kami adalah ke Norfolk Square dekat Paddington di dalam Wilayah Westminster . Di situ merupakan tempat di mana hotel penginapan kami ditempah. Saya menempahnya secara online di dalam akaun Agoda  2 bulan sebelum bertolak. Kami menginap di The Royal Norfolk Hotel bersebelahan stesyen Underground Paddington Tube dekat London Street.Tambang teksi London dari Lapangan Terbang Heathrow ke hotel penginapan kami adalah sekita £70 ( Pound Sterling ) bersamaan RM 385 . Masa yang diambil lebih kurang 40 minit perjalanan. Kami secara tidak langsung dibawa oleh pemandu teksi berkenaan bersiar siar menikmati pemandangan Kota London. Itu yang kami begitu teruja.      



             Setelah  sampai di hotel penginapan kami terus check-in untuk memasuki bilik . Pembantu hotel dipercayai berketurunan Afrika Selatan amat  mesra pelancong. Beliau membantu kami membawa 2 bagasi kami yang agak berat naik ke tingkat 4 hotel terbabit. Bilik penginapan kami bernombor 406 . Pada mulanya kami memang kurang selesa ditempatkan ditingkat berkenaan namun kami perlu menerima hakikat yang kami ditempatkan di situ. Kami berehat sambil mengemas dan mengeluarkan barang-barang  dari bagasi dan menyusun apa yang patut. Kami tidur selepas itu selepas keletihan perjalanan.
            Pada pagi seawal jam 5 waktu London matahari sudah mulai terbit seakan jam 7 waktu Malaysia. Selepas mandi , solat dan bersarapan sedikit dengan bekalan biskut dan roti yang dibawa sambil membuat air nescafe panas 3 in 1 yang dibawa,kami begitu teruja ingin menikmati udara dan suhu yang nyaman di Kota London yang amat dingin sekali. Kami turun ke bawah dan mula menikmati suasana dingin kota metropolitan ini. Hotel Royal Norfolk yang kami menginap terletak di London Street bersebelahan Tube Paddington Station dan Pread Street. Kami menyusuri jalan-jalan berkenaan perlahan-lahan. Seawal jam 7 pagi kami dapati berhadapan dengan Station Tube Padington kelihatan warga London berpusu-pusu berjalan keluar melalui terowong bawah tanah Station Tube Paddington menuju ke London Street untuk ke destinasi masing-masing. Mereka berjalan pada kadar yang laju. Penulis difahamkan memang telah menjadi budaya warga eropah dan England menaiki perkhidmatan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi dan mereka memang berjalan agak laju dari orang asia. Mungkin ini suatu isyarat kepada kita yang budaya mereka mengejar masa dalam kehidupan dan pekerjaan mereka. Bagi mereka masa adalah sesuatu yang amat berharga .
             Untuk pengetahuan kami menerjah ke bumi London ini secara ' Backpacker ' dan tidak berminat untuk mengambil mana-mana agensi pelancongan . Terdapat perbezaan yang ketara apabila kita mengambil agensi pelancongan dan secara ' Backpacker ' . Kelebihan dan kepuasan yang tidak ternilai dirasai apabila kami bergerak secara ' Solo ' begini. Dari segi kos kami dapat mengurangkan dan menjimatkan banyak wang sendiri . Bila kita pergi secara begini otak kita disetkan untuk cuba berfikir dan mengingati langkah-langkah yang perlu diambl, tahu jalan jalan mana yang harus dilalui dan akan mengingatinya serta menambah ilmu untuk diri sendiri apabila kita terpaksa atau memaksa diri kita untuk bertanya tentang sesuatu dan destinasi. Boleh mengasah kebolehan kita untuk berinteraksi dengan pelbagai bangsa dan menambah keyakinan diri . Kita juga tahu lebih mengenai cara cara tranksaksi sesuatu urusan . Itu semua ilmu dan pengalaman yang amat mahal untuk dipelajari dan diketahui. Amat rugi jika kita dengan sengaja 'melepaskan peluang keemasan ' itu.



            Pada pagi 29 hb itu saya bersama isteri berjalan jalan menyusuri London Street , Pread Street ,Norfolk Square , Sussex Garden dan arah kami menuju ke Hyde Park.Hajat kami untuk melawati ' Taman Sentimental ' itu kerana Hyde Park merupakan tempat di mana Puteri Diana bercinta dengan Dr Hasnat ( kekasih beliau selepas berpisah dengan Putera Charles)  dan cinta mereka berakhir. Tempat berkenaan dikatakan mempunyal nilai sentimental kepada warga Britain yang sayangkan Puteri Diana. Kami melewati pesisir Hyde Park lalu masuk ke tengah taman berkenaan . Sungguh indah dah segar sekali suasananya. Saya tidak pernah merasa keadaan segar lagi nyaman di suhu yang rendah sekitar 15 darjah celcius. Suatu pemandangan yang menakjubkan di pagi hari di Kota London . Saya bagaikan seakan tidak percaya apabila berada di situ. Sebelum ini saya membaca dan melihat gambar gambar di buku, internet dan majalah tentang suasana di taman yang indah di tengah Kota London . Dari tengah taman berkenaan kelihatan papan arah dan laluan Charity Princess Diana berserta dengan logo Princess Diana dilekatkan di tengah tenhgah jalan di dalam taman Hyde Park. Terasa amat indah sekali !.
          Kami kemudian masuk semula ke Kota London untuk mengambil Taxi London untuk ke satu lagi destinasi menarik . Taxi London memang unik sekali. Ia merupakan sebuah kereta sedan ala-ala kereta antik zaman silam. Model kereta yang amat jarang didapati di mana-mana pun. Itulah keunikan dan juga salah satu ikon kota London.Kami menuju ke Buckingham Palace di mana terletaknya sebuah istana berprestiq keluarga Diraja Britain yakni Putera Charles dan isteri beliau bersama Putera Harry dan isterinya Kate Middleton.Kami berhenti betul-betul dihadapan istana berkenaan. Kelihatan begitu ramai para pelancong dari serata dunia yang turut berkunjung ke sana.
Kami begitu teruja apabila melihat satu deretan tentera berkuda dari istana dalam perjalanan keluar secara perlahan-lahan diiringi dengan paluan muzik orchestra dari tentera istana berkenaan.
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar dan berposing seketika dihadapan istana kemegahan dunia itu !.Istana ini juga merupakan salah satu ikon Kota London.Kami sempat mengambil beberapa foto tentera berkuda dengan orkestranya. Kelihatan rama pelancong juga turut membuat perkara yang sama. Kami teruskan perjalanan menyusuri Hyde Park dan berehat seketika sambil menikmati pemandangan indah itu.
          Kami kemudiannya pulang ke arah hotel penginapan kami dengan berpandukan Map Google dari Tab kami. Kami cuma berjalan kaki kali ini untuk pulang sebab rupanya jarak dari Hyde Park ke  Buckingham Palace tidak berapa jauh . Hotel penginapan kami juga bersebelahan dengan Pread Street ,London Street dan Edgware Road serta bersebelahan Norfolk Square.Kami terus naik ke bilik dan beristirehat sambil menikmati makan tengahari ala-ala kadar ' back packer' stlye.Hahahaha....
          Pada keesokan harinya dibawah suhu 10 darjah Celcius kami mula menapak ke kedai berhampiran untuk mendapatkan membeli Kad Oyster yang mana kad ini digunakan untuk menaiki bas merah 'double deck' London yang menjadi salah satu ikon pelancungan kota London. Harga kad ini 5 pound sekeping dan harga topup 5,10,15,20 dan 50 pound .Kami memilih sebagai permulaan untuk melanggan 10 pound dahulu . Untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi sehala di sekitar London kadar tambang yang dikenakan adalah 1.50 pound dikurangkan dari kad Oyster berkenaan. Kami menaiki Bas Double Deck di hadapan London Street bersebelahan Pread Street menuju ke London Bridge ,Big Ben dan pesisir Sungai Thames. Tempoh perjalanan bas lebih kurang 25 minit dari hotel kami. Kami amat teruja sekali apabila sampai dihadapan  bangunan jam tinggi keemasan tersergam indah dipersisir Sungai Thames yang dinamakan 'Big Ben' . Inilah salah satu mercu tanda kemegahan Kota London yang berabad lamanya . Kelihatan juga disebelah kiri bertentangannya adalah 'London Eye' yang tersergam indah gelungan buaian gergasi . Kami seolah-olah tidak percaya yang perjalanan kami menuju ke puncak aspirasi kami sudah berjaya dicapai !! Haaaaaaa.......Seronoknya......
        
          London Bridge 

Kami terus menyusuri pesisir Sungai Thames menghala ke barat daya kota London . Di dalam peta tangan serta google map menunjukkan halatuju menuju ke London Bridge . Kami memilih untuk berjalan kaki walaupun ianya agak jauh dari Parliament Square, Big Ben  dan Eye of London . Di bawah suhu petisejuk 2 hingga 8 darjah celcius dengan pakaian kot ala kadar kami , berjalan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan indah pesisir kota London , kami dihidangkan dengan pelbagai hiburan jalanan bersama bakat-bakat yang luar biasa warga london serta ada yang dari merata dunia yang berhijrah mencari peluang kehidupan di England . 30 minit berjalan melalui Waterloo kami telah nampak kelibat London Bridge dari jauh mengikut selekoh alur Sungai Thames . Kami tidak gunakan apa-apa khidmat travel agensi untuk mencapai misi. segalanya hanya berbekal usaha ,semangat, keringat &inisiatif sendiri. Akhirnya kami dihidangkan dengan tersergam indah Jambatan Historical London , London Bridge yang penuh dengan kemegahan sejarah silam . Seantero dunia mengaguminya . Satu destinasi wajib bagi sesiapa saja yang menjejaki bumi England ini. Tunggu apa lagi ...Saya & isteri rakus mengambil gambar dari segenap sudut . Mata saya tertumpu pada senibina zaman silam yang begitu continental & klasikal British Design . Sebak rasa dihati saya dalam diam sebab tidak percaya saya sudahpun berjaya mencapai impian saya secara peribadi untuk " Berhadapan " dengan kekaguman ini. Kalau dulu hanya melihat dalam majalah,buku serta filem-filem Hollywood tapi sekarang sedang tersergam di depan mata. Hati kecil menangis  Kagum !! Amat kagum ... Penulis rasa sudah mencapai Puncak Aspirasi yang ditujui . This is my Peaks Aspiration ...Actually ... 



                      

No comments:

Post a Comment

TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA  ( London , United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye') 10 Januari, s...