Tanggal 18hb Januari 2017 penulis bersama isteri bergegas menuju ke Terminal 1 , Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dengan memandu kenderaan sendiri . Kami menuju ke Blok C Bangunan Utama untuk parkir selama 3 minggu . Jam di handphone menunjukkan 7.15 pagi sebaik tiba di sana . Waktu Check In Kaunter Pelepasan Antarabangsa jam 8.35 pagi .Kami telah dibenarkan Check In Bagasi lebih awal disebabkan pihak MAS telah bersedia menerima kemasukan bagasi .Penerbangan kami menuju ke Terminal 4 ,Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ,London yang dijangka selama 13 jam dan waktu pelepasan 10.35 pagi . Setelah urusan bagasi selesai , kami mengambil keputusan untuk minum pagi sekadar alas perut di gerai minuman yang telah mula beroperasi jam 7.30 pagi . Saya & isteri mengorder Teh Tarik serta mee hoon goreng campur sambal tumis . Hanya bagi menyedapkan perut saja walaupun kami tahu akan ada hidangan makan ( Atas Flight ) 2 jam selepas penerbangan bermula. Kami sudah terbiasa bersarapan awal .So..mana boleh tunggu lama-lama 😋😋😅.....hahaha.. Destinasi pengembaraan kami bakal menuju ke London , Paris , Geneva Swisszerland & Puncak Mont Blanc .
Insiden Cemas Beg Hilang 😢!!!
Jam di handphone menunjukkan pukul 7.45 minit pagi , penulis menuju ke tandas awam untuk "membuang apa yang patut " . Sebuah beg galas kecil kepunyaan saya berisi Passport Perjalanan Antarabangsa , matawang asing ( Pound Sterling serta Euro ) serta sedikit barangan peribadi lain , saya telah tinggalkan pada isteri bersama-sama bagasi kecil saiz 7Kg yang dibenarkan masuk ke dalam pesawat . Satu insiden dimana beg kecil berkenaan terjatuh tanpa disedari oleh isteri saya yang beliau tidak menyangka sama sekali yang beg itu juga ada bersama-sama beliau. Kami amat-amat panik ketika menyedari insiden kehilangan beg penting berkenaan. Namun setelah pergi kembali menjejaki tempat asal dimana disyaki tertinggal , Jeng,jeng,jeng........Ada seorang hamba Allah , warga Indonesia kelihatan sedang memeluk beg milik saya dan sedang matanya mencari-cari tuan punya beg berkenaan untuk diserahkan kembali . Setelah saya mengecam dan mengesahkan beg yang beliau pegang milik saya ...apa lagi saya terus " menerkam " panik kepada beliau dan memberitahu yang beg itu kepunyaan saya yang hilang sebentar tadi. Beliau berkata, ' sayapun sedang mencari encik ' ... ' saya tahu encik dalam kesusahan '.... sambil menyerahkan kembali beg berkenaan.Saya memeriksa seketika ....Memang sah ...tiada satu pun yang hilang....Pemuda Indonesia berkenaan amat-amat amanah.Bagi penilaian saya , beliau mempunyai nilai-nilai murni . Saya secara peribadi amat kagum dengam beliau yang mana dalam beg berkenaan bukan saja ada Passport malah sejumlah matawang asing ( Pound Sterling & Euro ).Saya kagum dengan sifat amanah beliau. Kalau tidak ...😪😪Syukur bagi Allah.....🙏 Satu cabaran & dugaan buat permulaan perjalanan saya .......Signal bagi diri saya ..... Berhati-hati ditempat orang ........Saya ingat & pegang ....✋
Setelah 13 jam meredah benua di udara , dengan pesawat MH001 MAS Airbus 380 , kami selamat mendarat di Terminal 4 , Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London pada jam 6.30 pagi waktu London . Dibawah suhu 5 Celcius dalam kesejukan winter London , kami diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan Passport Emigresen London untuk pelepasan Pihak Berkuasa Border United Kingdom . Setelah selesai urusan kami berjaya melepasi border UK London dengan pemeriksaan dokumentasi ketat . Kami menuju ke Pintu Utama Exit bagi dapatkan Teksi London menuju ke Paddington di mana hotel tempahan melalui Agoda.com secara online. Kami menginap di Hotel Brunel , Craven Road , berhampiran Paddington Tube London . Craven Road juga terletak bersebelahan Praed Street di mana terdapat banyak kedai-kedai serta pasaraya , KFC serta McD & kedai-kedai sorvenier . Kami check-in hotel berkenaan bagi hari yang sama 18hb Januari 2017 serta beristirehat setelah meredah perjalanan jauh Malaysia -UK . Kami juga sempat keluar bersiar-siar bagi suai kenal suasana malam London dengan makan malam di Restoran Malaysia Tuk Din juga terletak berhadapan Hotel Brunel . Terasa macam berada di Malaysia pulak apabila dapat makan malam Nasi Goreng Kampung Teloq Mata . Haha😋
Pada 19 hb Januari Khamis ( Day 1 ) penulis bersama isteri masih berada di Kota London serta bersiar-siar ' salam perkenalan ' lebih jauh sedikit untuk sampai ke tempat-tempat lejen Hyde Park, Norfolk Square , Piccadaly Circus , Oxford Street, Trafalgar Square serta Kensington Palace . Seharian juga kami melepaskan " geram " di Kota London !! Day 2 ( Jumaat ) seawal jam 6.00 pagi kami bergegas menaiki Bas Merah Double Deck menuju ke Stesen Keretapi Antarabangsa St. Pancras . menuju ke Paris . Stesen Saint Pancras juga terletak bersebelahan dengan satu lagi stesen Keretapi Antarabangsa King Cross menuju ke bandar-bandar eropah yang lain Belgium , Amsterdam, Germany Frankfurt dan lain-lain. England mempunyai stesen pengangkutan awam yang amat cekap ,efisien dan reliability tinggi terhadap pengguna seantero dunia . Tidak hairanlah traveler seantero dunia memilih untuk menggunakan sistem pengangkutan awam yang murah serta eficien untuk ke destinasi mereka. Speed Train Eurostar pilihan kami . Tempahan tiket juga melalui online , murah dan amat cekap . Ada satu lagi train (TGV Laira ) juga merupakan speed train yang menjadi pilihan penguna . Buka saja google dan search . Senang saja . Speed Train ini meredah Selat Inggeris melalui bawah laut dan muncul kembali ke darat menembusi bumi negara Perancis .
Setelah 3 jam kami tiba di stesen keretapi Gare du Nord , Paris antara jam 3.00 petang . Pada musim winter kebanyakan negara eropah bergelap lebih awal . 4.30 petang seakan 7.30 waktu Malaysia . Setelah keluar dari stesen Gare du Nord kami singgah sebentar di kedai arab . Kedai ini menjual Kebab Halal ala-ala kcf . kecil saja saiz kedainya tapi amat praktikal bagi pengunjung beragama Islam . Harga bagi 2 biji Kebab bersama 1 pack medium kentang bersama 2 minuman tin lemon ais hanya 7.50 Euro . Kami menginap di salah sebuah hotel di sekitar stesen Gare du Nord , Paris selama 2 malam . Pada hari keempat ( Day 4 ) kami bergegas ke sebuah lagi stesen keretapi antarabangsa Gare de Lyon ,Paris yang mana Gare de Lyon ini adalah stesen keretapi yang menuju ke Switzerland . Suhu pagi Ahad 21hb Januari mencatat 0 darjah celcius . Memang mengigil kami dibuatnya . Di bawah suhu beku ini juga kami redah untuk ke Geneva Cornavin Railway Station . Setiba di Geneva hati saya kaku seketika . Geneva , Switzerland ...Satu jenama besar , terkenal dan gah ...seantero dunia ...
Disini juga terletaknya ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) Badan Dunia yang amat berpengaruh . Hati kecilku skali lagi sebak menangis 😢 tanda teramat-amat bangga & gembira berjaya menjejakkan kaki juga ke sini . Saya sedar , bukan calang-calang orang yang akan jejaki bumi Geneva ini . Amat bertuahnya saya ....Syukur ke Hadrat Allah SWT...Kami menginap di Excelsior Hotel , di bandar Geneva. Kami tiba jam 3.30 petang dan pada waktu ini hari semakin gelap sebab disini malamnya bermula pada jam 4.30 petang . Di hotel kami buka pack Brahim yang dibawa serta minuman 3 in 1 Nescafe @ Milo . Apa lagi ditengah-tengah kesejukan bawah 0 darjah Celcius ... Kami pekena Nescafe Panazzz berasapp ....Cicah dengan Biskut Cracker Hup Seng sambil dicicah dengan Kari Daging Brahim ....Slurrrppppp.....Tangkap leleh bibbb...
Hari Ke 6 kami berlegar-legar di bandar Geneva sambil berposing gambar.... Deruan angin di bandar ini bagaikan angin salji . Telinga akan terasa menebal jika sekali angin bertiup dari pergunungan ais Banjaran Alps dari arah timur laut Switzerland . Kami sempat membuat lawatan ke Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) . Kelihatan kawalan amat ketat sekali . Inilah lokasi apabila menonton televesyen Dunia Jam 10 . Pembaca berita sewaktu saya remaja dahulu Allahyarham Farid Ismit Emir amat sinonim dengan satu itonasi bacaan apabila beliau mengupaskan berita-berita mengenai hal ehwal PBB . Saya terpaku sekali lagi ke arah bendera-bendera PBB . Dalam hati kecil berkata ...Betulkah aku sedang berada di PBB....Jawabnya ...Ya...aku sememangnya telah berjaya sampai ke Puncak Aspirasi PBB.... 🙌
Hari ke-7 seawal jam 7.00 pagi kami bergegas ke stesen bas Central Geneva yang mana kami telah menempah kenderaan dari Viator.com untuk ke destinasi Pergunungan Alp ....Mont Blanc ...!! Sebuah bas pelancongan khas kecil dari Syarikat Viator telah membawa kami ke sana . Mont Blanc ( Atau Gunung Putih ) terletak di pergunungan Banjaran Alps merupakan Puncak Gunung Tertinggi di Eropah . Mont Blanc telah menjadi satu jenama barangan terkenal seperti Beg,Jam Tangan , Pen dan lain-lain disebabkan ciri-cirinya yang yang bersifat pioneer prestgious . Setelah lebih kurang 2 jam menaiki bas memanjat pergunungan Alps , kami tiba di kaki gunung Mont , Chamonix Mont Blanc L'Aiguille du Midi . Chamonix secara geografinya terletak di sebelah sempadan Perancis , bukan Switzerland . Ia disebabkan kedudukan geografi banjaran Alps itu sendiri yang agak tektikal & unik . Chamonix merupakan sebuah " bandar ais " di kaki gunung Mont Blanc . Dari kaki gunung L'Aigulle du Midi kaki menaiki Cable Car untuk panjat menyusuri pergunungan ais dibawah suhu beku . Cantiknya suasa ...Allah saja yang tahu
....Pesona yang tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata. Amat - amat menakjubkan . Didalam kable car , kami ada debaran tersendiri. Macam-macam bermain dibenak fikiran kami . Kami bakal menawan Puncak Tertinggi Di Eropah & ketiga tertinggi di dunia. Akhirnya ... Kami tiba di Puncak Aspirasi ..... Mont Blanco .....💪🙋
Di puncak Mont Blanc kadar oksigen tidak sama seperti biasa . Kadar oksigen adalah 60% saja dari biasa yang kita sedut secara normal . Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan perbezaan ini akan ' Tercunggap-cunggap . Bagi sesiapa yang ada penyakit asma...sememangnya Tidak Competent untuk berada di sini . Panoramanya amat-amat mengagumkan. Tiada pernah dalam sejarah hidup saya berada dalam panorama alam yang sebegini indah . Tidak hairanlah jika seantero dunia mengatakan bahwa Switzerland adalah lokasi tercantik dunia . Itu memang sahih .