Jejak Perjalanan....

Thursday, June 26, 2014

Perkhidmatan Awam Tamat Jam 3 Sempena Ramadhan

     
                            Perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada kerajaan Malaysia bagi memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat amnya. Kemajuan dan hala tuju negara bergantung kepada mekanisma perkhidmatan awam yang efisien ,produktif dan profesional. Tanpa perkhidmatan awam yang efisien ,kerajaan sukar menggorak langkah kearah memajukan negara seperti yang di rancang. Pertumbuhan ekonomi negara berkadar terus dengan kecekapan perkhidmatan awam . Walaupun banyak cabaran dan halangan yang harus dilalui oleh kerajaan dan kakitangannya namun begitu  kebertanggungjawaban kepada rakyat telah dijadikan keutamaan. Komitmen yang tinggi ini telah menjadikan slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ' .
                         Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Teraju segala bulan dalam kalendar Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan mukjizat. Namun begitu di Malaysia yang majoritinya umat Islam, sambutan bulan Ramadhan ini agak tersasar dari maksud sebenar penghayatan Ramadhan. Secara realitinya umat Islam di Malaysia seakan tidak mempedulikan maksud sebenar penghayatan kedatangan bulan yang mulia ini. Secara realitinya di negara kita telah terjadi satu fenomena yang mana bulan ini menjadi satu ' bulan perayaan menjual pelbagai jenis makanan ' dan bulan menjamu selera dimalam hari semahu mahunya. Tren kos pada bulan ini melebihi bulan bulan yang biasa. Aneh juga . Di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru,Pulau Pinang serta bandar-bandar di seluruh  negara  sudah  menjadi lumrah , tren kesesakan jalanraya disebelah petang sehingga  waktu awal malam ( Selepas waktu solat maghrib ) sangat serius. Semua pemandu menjadi buntu dengan keadaan yang berlaku. Apa tidaknya, mereka berkejar untuk pulang ke rumah seawal yang mungkin tetapi sukar. Kebanyakan warga kota tidak dapat berbuka atau menyediakan juadah berbuka puasa pada keluarga dengan sempurna akibat kesuntukan masa yang amat sangat !. Ini amat serius terutama bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
                  Seperti yang semua sedia maklum bulan Ramadhan adalah bulan yang mendapat keberkatan yang lebih apabila umatnya menunaikan apa jua ibadah samada yang wajib mahupun
sunat. Bagi golongan pekerja khususnya di Kuala Lumpur mereka berhadapan dengan ibadah yang
tidak berapa sempurna di bulan Ramadhan akibat dengan pelbagai tuntutan organisasi ,keluarga ,masyarakat dan juga agama. Semunya memerlukan komitmen dari golongan pekerja .Keadaan keletihan,mengantuk,kurang produktiviti serta keadaan stress jua berlaku. Ini boleh kita lihat daripengamatan kita secara mata kasar. Ini belum lagi keadaan seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
                  Semua pekerja ( Umat Islam ) seakan bekejar kejaran melakukan persediaan untuk menyambut Hari Lebaran. Masa dan keadaan fizikal pekerja menjadi menjadi lintang pukang !.Satu persoalan yang ingin penulis lontarkan pada semua secara ikhlas. Sempurnakah ibadah kita pada bulan Ramadhan yang penuh dengan mukhjizat dan keberkatan itu ,bagi golongan pekerja awam serta swasta dengan keadaan yang kalut ini !. Bagi kakitangan awam yang tamat berkhimat jam 5.30 petang atau seawal jam 4.30 petang  , rata-rata mereka mengambil masa untuk sampai ke rumah dalam 1 jam hingga 1 setengah jam. Itu belum lagi mereka mengambil keputusan untuk singgah ke bazar Ramadhan untuk tujuan membeli juadah berbuka . Ada di kalangan mereka yang terpaksa mengambil anak di rumah pengasuh atau di tadika . Dengan keadaan fizikal yang sudah letih bekerja,berpuasa serta memandu untuk pulang ke rumah , mereka dapat sampai juga ke rumah tapi pada jam hampir dengan waktu berbuka.Ada dari kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk berbuka puasa dengan anak anak mereka di restoran-restoran atau di gerai gerai tepi jalan akibat dari kesuntukan masa. Ini lah realiti kehidupan kakitangan awam di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, PulauPinang dan lain-lain bandar . Keadaan kesesakan jalanraya di hampir kesemua bandar bandar besar.mengakibatkan ada kakitangan awam serta pekerja swasta terpaksa berbuka puasa di dalam kereta.
               Bagi yang menaiki kenderaan awam,mereka terpaksa menerima hakikat atau nasib . Jika sekiranya tiada kesesakan mereka dapat sampai ke rumah awal. Akan tetapi jika keadaan sesak teruk,mereka terpaksa menunggu tiba ke rumah mungkin selepas waktu berbuka puasa . Ini agak menyedihkan jika di lihat dari sudut psychosocial masyarakat kita. Para pekerja di tempat tempat yang dinyatakan tadi agak tertekan dengan apa yang mereka alami mereka . Justeru itu penulis beranggapan kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) , perlu melakukan suatu perubahan atau ' Tranformasi ' kearah yang lebih baik. Cadangan penulis agar kerajaan memberi kebenaran untuk Perkhidmatan Awam di Malaysia tamat seawal jam 3 bagi memberi laluan kepada kakitangan awam untuk pulang lebih awal ke rumah juga sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia  serta penuh dengan keberkatan ini. Kesan dari ' transformasi ' tersebut para pekerja sektor awam akan mempunyai masa yang cukup untuk persediaan berbuka puasa serta persediaan untuk melakukan ibadah dengan tenang ,tenteram dengan tubuh yang lebih bertenaga.
                    Suatu penghormatan di bulan Ramadhan harus diberi oleh majikan kepada pekerja mereka sebagai menandakan majikan lebih sensitif dan prihatin kepada keadaan dan situasi serta lebih berorientasikan modal insan. Modal Insan amat penting dalam organisasi. Sekiranya mereka ' dijaga ' organisasi akan mendapat impak nanti. Suatu perubahan iklim pekerjaan di Malaysia harus berlaku. Dari lebih berkonsepkan kerahan tenaga dan arahan kepada lebih berciri penyayang ,prihatin dan kesihatan mental yang baik. Negara Malaysia boleh maju dengan modal Insan yang berkualiti . Acuan modal insan yang baru perlu digarap bagi membolehkan ..........Continue....


TRAVELOG 2023 - TERJAHAN MEREDAH BENUA  ( London , United Kingdom /Prague-Czech Republic/Vienna Austria/Istanbul Turkiye') 10 Januari, s...